Hiburan By: Nurul Hana March 31, 2023 @ 5:53pm

Didakwa Angkuh Jawab Soalan Pengikut, Lelaki Dengan Gelaran Ustaz Ini Dikecam Warganet

Berpakaian seperti seorang ustaz dengan memakai serban ataupun jubah bukanlah satu lesen untuk kita menjatuh atau memperlekehkan orang lain.

Baru-baru ini, tular di laman media sosial Twitter mengenai seorang lelaki yang menggelarkan dirinya ‘ustaz’ dikecam kerana didakwa angkuh menjawab pertanyaan warganet di ruangan komen akaun TikTok miliknya.

Menjadikan keadaan lebih hangat, lelaki tersebut membalas pertanyaan tentang cara memakai serban di ruangan komen dan warganet mendakwa dirinya memperlekehkan tahap ilmu seseorang.

“Kalau macam ustaz pakai ni tak bolehlah, nanti orang ingat awak orang ulama, orang alim. Bila orang tanya nanti awak tidak tahu masalah.

“Kalau awak nak tahu, serban yang ustaz pakai ini adalah kaedah serban yang dipakai oleh Nabi Yusuf,” ujarnya.

Rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara lelaki itu menjawab pertanyaan kerana dianggap terlalu sombong.

“Belum lagi perbahasan ia adat atau ibadat. Nak pakai silakan tapi jangan lupa Nabi pernah bagi amaran tentang serban dan kesombongan, pakaian apa pun kalau selit rasa sombong, itu haram.

“Alahai menyampah betul aku golongan terpaling ustaz ini. Orang macamni mesti rasa ilmu dia terpaling tinggi langit ketujuh,” komen warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Ini Sebab Sajat Marah Haters Secara Live!

Sebelum melakukan persembahan bersama penari-penari pilihan Sajat, beliau sempat lagi beramah mesra bersama peminat dan juga haters beliau secara live. Haa, tengok tu! Siap marah dan block haters tau. Jangan main-main!

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kris Wu Signs with Universal Music Group!

Does this mean we can expect even more songs from him soon?

Trending Thu, 25 Jun 2020
Featured Fri, 12 May 2023
Featured Wed, 24 May 2023
Featured Fri, 13 Aug 2021

“Hati Saya Tersentak Baca Surah Ar-Rahman”- Betty Rahmad Kini Bertudung

Pelakon, Betty Rahmad yang juga adik kepada pengarah Erma Fatima dan pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi kisah penghijrahannya bersempena Awal Muharram Selasa lalu. Menerusi laman Instagramnya, Betty berkongsi kisah penghijrahannya setelah melihat anaknya, Ardy

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Insiden ‘Ngeri’ Di Lokasi, Puteri Aishah Kongsi Pengalaman Cemas!

Ketika itu saya berada di atas sampan bersama seorang lagi pelakon. Tiba-tiba kami terdengar bunyi pelik (air berkocak) tetapi saya buat macam biasa dan enggan berfikir bukan-bukan!

Hiburan Sun, 18 Aug 2019

| Live TV