Didakwa Bawa Lari Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dedah Difitnah ‘S’

Baru-baru ini, usahawan terkenal, Mawar Karim dikatakan berdepan pengisytiharan bankrap selepas didakwa lari daripada membayar hutang berjumlah RM720,000 dan ingkar arahan perjanjian antara kenalannya yang dikenali sebagai Nabil Mat Jahya.

Difahamkan, Mawar bertindak untuk meminjam wang atas tujuan modal untuk memulakan perniagaan.

Susulan dakwaan tersebut, Mawar tampil mempertahankan diri dengan mendedahkan dia sebenarnya difitnah oleh seorang individu yang dinamakan sebagai ‘S’.

Mawar memuat naik dakwaan tersebut di Insta Story miliknya berkata ini bukan kali pertama dia difitnah oleh individu yang sama pada tahun sebelumnya.

“Wahai S, tak habis-habis lagi create fitnah fasal saya. Last year SJR (sekatan jalan raya), cukup setahun fasal lari hutang, tiba-tiba mai (datang) bankrup pula dah.

“Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan one day terbalik pula ceritanya. Orang tahu siapa gerangan S ni,” tulisnya.

Memetik laporan mStar, difahamkan isi yang tertera dalam perjanjian tersebut mendapati Mawar diberi dua pilihan untuk membayar pinjaman iaitu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan.

Bagaimanapun, peguam Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co selaku peguam mewakili Nabil mendedahkan Mawar gagal untuk melunaskan hutangnya selepas lebih 10 bulan.

Selepas Mawar tidak mengendahkan notis tuntutan bayaran yang dihantar daripada pihak peguam Nabil, mereka bertindak untuk memfailkan saman di Mahkamah Seksyen Bangi pada Januari lalu.

“Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas.

“Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes in isudah menjadi kes mahkamah,” kata Zarith.

Aqilah Paharuzi