Didakwa Beri Kenyataan Tak Jaga Hati Isteri, Aliff Aziz Mohon Maaf Pada Bella Astillah – “Awak Adalah Kekuatan Saya…”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan pelakon Sophia Albarakbah didakwa hadir ke program nyanyian hanya untuk melihat Aliff Aziz namun dia menafikan dan sebaliknya dia datang untuk memberi sokongan kepada sepupunya, Aisha Retno.

Malah, perkara tersebut menimbulkan curiga oleh isteri Aliff, Bella Astillah sehingga dia mendakwa Sophia menipu dan suaminya tidak menjaga hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Hadir Acara Untuk Tonton Aliff Aziz, Bella Astillah Pula Dakwa Sophia Albarakbah Menipu? – “Lepas Aliff Habis Nyanyi Je Terus Gerak Balik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukankah Patut Jaga Hati Isteri Lagi Penting”- Bella Astillah Sentap Kenyataan Aliff Aziz Isu Babitkan Sophia Albarakbah?

Tidak mahu memanjang hal ini, Aliff Aziz tampil memohon maaf kepada isterinya mengenai kenyataan yang diberikan dan memberitahu dia tiada niat untuk membuatnya sedih.

Meskipun badai melanda, Aliff dapat merasakan cinta Bella kepada dirinya masih utuh.

“Kepada isteriku, susulan kekecohan yang berlaku beberapa hari lalu, saya memohon maaf sekiranya kenyataan yang saya berikan di dalam temu bual itu menyakiti dan membuatkan awak rasa curiga sayang.

“Saya tiada niat langsung untuk buat awak sedih walau sedikit pun. Awak adalah kekuatan saya dan membuatkan saya jadi lebih baik.

“Walau apa pun yang telah terjadi, saya masih dapat rasakan dalamnya cinta awak pada saya,” ujarnya.

Pada masa sama, Aliff berharap agar Tuhan permudahkan urusan mereka untuk melalui fasa sukar ini bersama.

“Saya berharap kita sentiasa terbuka untuk belajar dan menyedari dengan apa yang kita lakukan.

“Semoga Allah permudahkan untuk kita untuk melalui masa sukar ini bersama. Saya sentiasa ada buat awak,” tulisnya buat Bella.

Maya Basir