Featured By: Salma Syahbuddin May 7, 2024 @ 10:42am

Didakwa Kembali Rujuk & Jadi Isteri Kedua Syamsul Yusof? Ini Respons Puteri Sarah – “Takkan Terjadi, Kita Dah Move On”

Pelakon Puteri Sarah Liyana bengang apabila terdapat segelintir pihak masih menyebarkan berita palsu mengenai hubungannya dengan bekas suami, Syamsul Yusof.

Menurut Sarah, dia menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesahihan kononnya hubungannya bersama Syamsul kembali bertaut sekaligus menjadi isteri kedua kepada pengarah sensasi itu.

“Ramai DM tanya betulkah rujuk balik? Jadi bini nombor dua? Berita palsu. Tidak akan terjadi. Kita sudah move on,” katanya.

Sarah memaklumkan mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Stroy miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, pelakon drama rantaian Melastik Ke Hatimu 2 ini turut menyelar tindakan individu yang sengaja menggunakan berita palsu demi kepentingan diri sendiri.

“Makin menjadi-jadi tajuk Facebook. Makin benci pula dengan blog-blog yang ada dekat dalam Facebook.

“Mula kata  nak rujuk balik lepas tu kata rujuk kembali demi anak-anak. Tak fahamlah.

“Makin diam, makin aneh-aneh tajuk dia padahal suruh masuk link shopee,” ulasnya.

Sebelum ini, berita mengenai status hubungan Sarah dan Syamsul mula tersebar di platform Facebook selepas ada kelab peminat menyiarkan laporan mengatakan pelakon itu dilihat semakin berseri semenjak mula berhubungan semual dengan suaminya.

Sekdar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Feb 2023

Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Dijangka Undang Masalah – Menteri Ekonomi

Min pun taktau nak kata apa. Ramai yang masih berharap…

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Featured Thu, 23 Sep 2021
Trending Sat, 18 May 2024
Featured Sun, 2 Jan 2022

Wani Kayrie Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Idaman Bernilai Lebih RM190,000

Penyanyi dan pelakon muda Wani Kayrie, 22, menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah hasil kerja keras yang dilakukannya sebagai anak seni. Wani menerusi hantaran Instagram miliknya memuat naik beberapa gambar bersama kereta barunya yang merupakan […]

Featured Fri, 10 Dec 2021

Mengaibkan Dengan Niat, Polis Buru 4 Individu Persenda OKU

Dah buat kenalah bertanggungjawab ye dak?