Featured By: Aqilah Paharuzi May 27, 2022 @ 12:43pm

“Handsome.. Cantik Hidung Dia” – Selepas 7 Hari, Anzalna Nasir Dedah Wajah & Nama Baby Boy

Pelakon jelita, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki akhirnya mendedahkan wajah dan nama cahaya mata kedua mereka iaitu Mohamad Emirhan.

Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon Aku Isterinya itu menerusi satu hantaran terbaru di Instagram miliknya,

Foto tersebut memaparkan keluarga kecil Anzalna disamping suami dan dua putera tercintanya.

Menurut Anzalna, dia memilih untuk memberitahu nama anakanda keduanya itu mengikut sunnah Nabi iaitu setelah cukup tujuh hari dilahirkan.

“Sebagaimana sunnah Nabi, setelah cukup tujuh hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik.

“Anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.

“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki)

 

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen dan rakan-rakan selebriti.

Rata-rata daripada mereka memuji wajah putera kedua Anzalna yang sangat comel dan mempunyai hidung mancung.

Ramai dalam kalangan mereka turut menitipkan doa yang baik-baik kepada Emirhan.

Untuk rekod, Anzalna dan suaminya, Hanif mendirikan rumah tangga pada tahun 2016, dan hasil perkahwinan mereka dikuerniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eirdress kini berusia dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Cinta Lokasi Bukan Pilihan Zul Ariffin

Tolak cinta lokasi kenapa ye ? Takut terputus ditengah jalan lagi ke seperti yang sebelum ini

Contest Wed, 12 Dec 2018

#xtra好康头 | 送你去看《草蜢17385世界巡回演唱会–云顶站》

草蜢重登云顶云星剧场大舞台,去年没看到的歌迷们,机会来了;而且 #xtra好康头 将送出入门票!

Hiburan Thu, 22 Sep 2022

“Jangan Bangga Ada Pakwe Bukan Islam” – PU Syed Tegur Yazmin Aziz

PU Syed dah tegur dah tu.. Doakan yang baik-baik

Featured Thu, 13 Jul 2023
Events Wed, 9 Oct 2019

Kenapa Akim Ahmad Sakit Hati Ni?

Wow! Netizen pun, nak tuduh tu biar lah berlapik okay

Featured Wed, 20 Mar 2024
Trending Mon, 15 Feb 2021

Penerima Hati Pertama Di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Kini Kritikal

Kita doakan semoga adik Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini cepat sembuh