Featured By: Salma Syahbuddin March 20, 2024 @ 3:15pm

Ulas Isu Kewujudan Orang Ketiga, Ini Jawapan Nabila Razali – “Benda Ni Sangat Tidak Sihat Dalam Perhubungan”

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi pendapatnya selepas diminta untuk mengulas isu orang ketiga dalam perhubungan.

Katanya, kewujudan orang ketiga dalam hubungan tidak kiralah dalam perkahwinan mahupun hubungan adik -beradik adalah tidak sihat sama sekali.

“Orang ketiga ni kadang-kadang dia tak tahu pun apa yang berlaku antara kita berdua, dia hanya datang di tengah-tengah jalan. Dia tak tahu apa dugaan yang dua orang ini lalui.

“Ada juga orang ketiga yang mengganggu perkahwinan, kononnya dia mampu memberi kebahagiaan yang lebih.

“Wujudnya orang ketiga ini sangatlah tidak sihat dalam mana-mana perhubungan, bukan perkahwinan sahaja tetapi dalam hubungan adik beradik atau kawan,” ulasnya.

Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Bella berkata demikian ketika sesi temu bual bersama Drama Sangat.

@dramasangatInilah pesanan kasih sayang @nabila.razali buat penyondol kat luar tu! 😜 ▶️ #WanitaSyurga -> Mulai 15 Mac -> Isnin-Jumaat -> 7malam di slot Akasia TV3! 💖 Dibintangi: @redzarosli @sitikhadijahhalim @redzarosli @marisa.yasmin Dan ramai lagi! Arahan @rizabaharudin Terbitan @zamriezgoldenpictures #DramaSangat #tv3malaysia♬ original sound – dramasangat

 

Dalam pada itu, Bella juga menitipkan pesanan, agar individu di luar sana sedar dan percaya pada balasan Tuhan sekiranya sengaja meruntuhkan rumah tangga orang lain.

“Sebagai manusia, semua orang melakukan kesilapan. Saya tidaklah menyalahkan mana-mana pihaky, tapi kita sebagai manusia kena cuba sedaya upaya untuk tidak mengeruhkan keadaan atau perhubungan.

“Kita kenalah berhati-hati masuk dalam urusan orang lain. Janganlah sengaja nak memecah belahkan hubungan atau rumah tangga seseorang,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Dec 2019

Bangunan Perkeso Kota Bharu Diserang ‘Pengamuk’

Meminta untuk segera mengosongkan bangunan kerana ada serangan amukan

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

BLACKPINK’s Members Start Their Own Instagram Accounts!

Here’s 4 new accounts you have to follow.

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Peliknya Suami Saya Tidak Cemburu!

Izara akui dirinya masih mempelajari tanggungjawab yang perlu digalas, tapi katanya mujurlah suami tidak cerewet. Mengenai zuriat pula, Izara tidak menolak andai diberi rezeki awal.

Trending Sat, 23 Jun 2018

自闭症少年字体超端正 网友惊叹:根本像列印出来

中国一名16岁少年林文彬「握着笔的手,在纸上一笔一画地写字」,就这样只是拍摄他写字非常端正公整的视频,吸引了730万人狂赞。

Events Thu, 20 Sep 2018

Learn Sign Language with Real Deaf People in this Free Workshop

The workshop has limited spots so book it ASAP!

Trending Wed, 9 Oct 2019
Filem Thu, 2 Jan 2020