Didakwa Pernah Kritik Peguam Hafidzah Hassan, Zarina Anjoulie Tempelak Awal Ashaari?

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon, Awal Ashaari didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.

Susulan itu, selebriti dan usahawan sensasi, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju didakwa memerli tindakan Awal dengan memberi pesanan ‘pedas’ kepadanya.

Menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, Anju mendakwa perkara yang dihadapi Awal ini dianggap satu karma kerana pengacara itu dikatakan pernah mengkritik tindakan rakan baiknya, peguam Hafidzah Hassan.

“Hari tu Awal was going all out for my BFF @hafidzahhassan1. Karma is real,” tulisnya.

Sekadar info, peguam Hafidzah Hassan mewakili kes penderaan yang melibatkan pengasas Rumah Bonda dan remaja sindrom down, adik Bella.

Dalam ciapan yang sama, Anju turut menegaskan untuk tidak perlu beria-ia untuk menjatuhkan orang lain.

”Let’s all stay humble next time tak perlu beria nak jatuhkan orang nak memburukkan orang kerana kita tidak tahu bila kita pulak akan jatuh,” tulisnya.

Terdahulu, Awal berdepan tuduhan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan yang dianggarkan nilai kerugian sebanyak RM600.

Bagaimanapun, Awal mengakui tidak bersalah atas tuduhan berkenaan dan menjelaskan dia hanya menolak palang tersebut kerana kad akses ke rumahnya tidak dapat diguna atas sebab tidak membayar maintenance rumah.

Artikel Berkaitan: Netizen Persoal Mengapa Awal Ashaari Digari & Siti Bainun Tidak, Peguam Hafidzah Hassan Tampil Jelaskan

Artikel Berkaitan: Awal Ashaari Tampil Beri Penjelasan Tentang Isu ‘Khianat’ – “Terlupa Bayar Yuran Selenggara, Mengaku Alihkan Palang ‘Gate’ Dengan…”

Artikel Berkaitan: Kutuk Peguam Siti Bainun, Zarina Anjoulie ‘Sound’ Ammar Alfian! – “Kau Memang Ungrateful.. Kes Cerai & Pukul Siapa Selesaikan? Dia Juga!”

Artikel Berkaitan: Bidas Isu Pendapatan ‘Haram’, Peguam Siti Bainun Akui Tidak ‘Koyak’ Dikecam Netizen – “Itu Puaskan Hati Mereka, Terserah..”

Artikel Berkaitan: #JusticeForBella: Peguam Siti Bainun Jawab Isu Foto Dianggap Tidak Beretika – “Tak Jadi Kesalahan Bila Bergambar Dengan Anak Guam..”

Aqilah Paharuzi