Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 20, 2022 @ 2:45pm

Dikatakan ‘Koyak’ Dengan Sindiran, Caprice Mahu Saman Mydin – “Saya Terkejut Dan Kecewa”

Penyanyi rap sensasi, Caprice mendedahkan pihaknya akan mengambil tindakan saman terhadap syarikat pasaraya Mydin yang dikatakan membuat hantaran berbaur sindiran terhadapnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice mendakwa tindakan syarikat tersebut menghina dan mewujudkan rasa tidak selamat kepada kliennya.

“Disebabkan hantaran Mydin pada 19 oktober, klien kami rasa dihina oleh jenama dan pasaraya yang beliau selalu membeli belah.

“Kerana penghinaan ini, klien kami juga berasa tidak lagi selamat dan akan mengalami trauma oleh pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang dan berharap pihak Mydin akan membuat video permohonan maaf dan pampasan dari tindakan melulu tersebut oleh jenama terkenal di ruang awam,” tulis Caprice di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Dalam perkongsian di Insta Stories pula, Caprice mengakui dia berasa kecewa dan terkejut dengan hantaran syarikat tersebut kerana dia sangat mengagumi dan menyokong jenama syarikat berkenaan.

“Terima kasih kepada yang mesej saya mengenai hantaran yang dibuat Mydin di Twitter.

“Secara jujurnya saya terkejut dan kecewa dengan jenama yang saya sangat kagumi dan sokong memerli dan sindir saya dalam masa saya berjuang dengan isu besar.

“Kepada semua yang masih tak puas hati dengan saya, saya mahu memohon maaf jika cara Caprice ni kasar start dari kes PU lagi..start dari situ ramai sindir dan kecam kita.

“Kalau korang kena benda ni (kecaman) just 10% pun mostly likely korang sendiri koyak,” luahnya.

Semalam kecoh di media sosial apabila sebuah pasaraya terkenal, Mydin memuat naik ciapan berbaur sindiran terhadap Caprice di laman Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, pihak Mydin memuat naik ciapan tersebut untuk mempromosikan barangan.

“Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice,” ciap Mydin.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan diberikan oleh pihak Mydin mengenai isu tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Apr 2026

“Saya Juga Manusia Biasa, Hidup Macam ‘Rollercoaster'” – Ezzanie Jasny Nafi Sombong

Ezzanie Jasny mengakui terkejut apabila timbul dakwaan mengatakan dirinya seorang yang sombong.

Events Wed, 24 Aug 2022

Nama Tercicir Sebagai Tetamu KLFW 2022, Ning Baizura Bengang Dengan Sikap Segelintir ‘Orang Kaya’ – “Class Can’t Be Bought!”

Banyak je ‘orang kaya’ macam ni 😌 Bak kata Ning Baizura, That’s not classy at all!

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

The Void Avengers Damage Control Pastinya Luar Biasa!

Pengalaman virtual realiti yang memang gempak!

Featured Wed, 13 Aug 2025
Hiburan Sun, 19 May 2019

Shima Anuar Tayang Bilik Bakal Anak , Cantik Kan?

Beruntung Sophea & bakal adiknya nanti!

Hiburan Wed, 8 Jan 2025
error: Content is protected !!