Dikecam Kerana ‘Seksi’, Jasmine Suraya Pernah Gemuk Dan Tak Basuh Rambut 3 Bulan?

Wow! Itulah yang dapat dikatakan apabila melihat busana yang digayakan oleh pelakon Paskal, Jasmine Suraya apabila dia memuat naik beberapa foto sewaktu menghadiri malam gala kelolaan majalah Glam baru-baru ini. 

Busana ‘two piece suit’ berona putih itu mempunyai potongan yang agak seksi sehingga menampakkan lurah dadanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan pemilihan pakaian Jasmine yang dikatakan terlalu berani dan seksi kerana menampakkan dirinya seakan-akan tidak memakai pakaian dalam. 

Pemilik nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei (30) ini selalu disangkakan bangsa Melayu kerana nama dan cara percakapannya yang fasih berbahasa Malaysia. 

Jasmine memberitahu bahawa penampilannya pada malam itu diinspirasikan daripada penyanyi Madonna dan Cher kerana dia amat meminati gaya rambut yang ‘besar’ sejak dia melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di Afrika lagi. 

“Terima kasih kepada semua yang komen dan DM (direct message) Jasmine tentang gaya ini. Hampir 3 jam kami bersiap untuk mendapatkan gaya sebegini. 

“Diinspirasikan daripada campuran gaya Madonna dan Cher, saya memang amat meminati gaya rambut ‘besar’ dan pernah menggayakan rambut sebegini sewaktu belajar di kolej di Afrika dahulu,” tulis Jasmine di ruangan kapsyen foto tersebut. 

Pelakon ini turut memuatnaik fotonya sewaktu belajar di Afrika, berambut ‘besar’ dan ‘kerinting’ di dalam kemas kini terbaharu di akaun instagramnya. 

“Betul ke tipu ni?? Haha ha, ni gambar saya semasa belajar kat Afrika dulu. I had a super big weave the dan tak basuh rambut selama 3 bulan dan masa tu betul-betul gemuk!” tulis Jasmine. 

Wah, tak sangka itu rupa Jasmine semasa belajar! Sekarang dah macam ‘fashionista’, betul tak? 

Del14