Dikecam Nyanyi Tak Sedap, Nazim Minta Tolong Mentor Ernie Zakri

Gara-gara sering dikecam menyanyi tak sedap, pelakon dan penyanyi, Nazim Othman telah meminta bantuan salah seorang mentor iaitu Ernie Zakri menerusi entri instagramnya baru-baru ini. 

“Apa petua nak kasi suara merdu ek? Penatlah asyik kena kecam je…tapi saya suka nyanyi. Mungkin saya cuma boleh nyanyi masa mandi je kot? Eh? Tolong saya @erniezakri tolong…tolong,” tulis Nazim. 

 

Perkongsian itu mendapat perhatian dan respon dari Ernie yang meminta Nazim supaya teruskan menyanyi kalau itu yang diminati. 

“Taklah! Kalau awak suka menyanyi, jangan berhenti! Awak pasti akan bertemu dengan jalannya! Kalau tak pun, masuk kelas vokal saya, jom hehehehehehe,” balas Ernie di ruangan komen. 

Bukan itu sahaja, rakan-rakan artis yang lain turut memberi kata-kata dorongan buat pelakon berusia 35 tahun ini.

“Siapa cakap tak sedap???!!! Sedap yang penting top 5 #GempakSuperstar …Teruskan menyanyi dan lakukan apa yang anda sedang lakukan. Yang penting suara awak ada tone okay! Tak mendatar heheheh,” komen Sherry Ibrahim. 

“Habih tu aku?? Dari dulu tak sedap-sedap suara aku…aku nyanyi anak merayu suruh diam..haihhh,” komen pelakon Faezah Elai pula. 

Mungkin ramai yang tidak tahu, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman  pernah mempunya single berjudul Cerita Kita dan Kerana Cinta, namun dia lebih dikenali dalam dunia lakonan. 

Baca: Mahu Berlakon Filem, Nazim Othman Letak Syarat

Baca: Kerjaya Nazim Dikatakan ‘Sendu’ Kerana Asyik Bercuti!

Baca: Nazim Othman Kongsi Detik Cemas Pertama Kali Alahan Ubat

Del14