Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 16, 2022 @ 6:35pm

Dikhabarkan Mengajar Kelas Taranum, Ini Penjelasan Syafinaz Selamat

Guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat tampil memberi penjelasan mengenai video yang tular dimana dirinya sedang mengajar ustaz bertaranum.

Menerusi perkongsian di TikTok @syafinazselamat.fans, dia memberitahu dipanggil untuk mengajar teknik vokal dan pernafasan bukan bertaranum.

“Sebenarnya saya dipanggil oleh Akademi Taranum Negeri Sembilan untuk mengajar mereka punya qori dan qariah.

“Apa yang saya ajar bukanlah taranum tetapi saya mengajar vokal, tentang penafasan, bagaimana dia punya kontrol suara.

“Sebab mengaji ni sama kan, dia ada melodi. Dia nyanyi jadi dia ada melodi. Dia kena kontrol,” katanya.

@syafinazselamat.fans Replying to @marcdiy8 #repost @astronews1 #datuksyafinaz #syafinazselamat #kelasvokal #cikguvokal #guruvokal #vocalcoach #taranum #akademitaranum #jheains #aktar ♬ original sound – Datuk Syafinaz FANS

Menurutnya, pengarah pusat Akademi Taranum memintanya untuk mengajar pelajar disitu dan dia gembira pelajaran vokal dianggap sebagai satu pengetahuan.

“Yang paling seronok sekali mereka terbuka. Pengarahnya panggil saya, secara khususnya meminta saya untuk mengajar mereka macam mana nak pastikan line dia panjang.

“Kita kena faham. Ilmu tu bukan satu je, dia berkaitan. Luas. Alhamdulillah orang melihatnya dengan positif.

“Saya sebenarnya sangat gembira sebab sekarang sangat terbuka dan anggap vokal itu satu pengetahuan,” ujarnya.

Tambahnya, video yang tular sebelum ini merupakan kali pertama dan bakal dipanggil lagi untuk mengajar mereka pada masa akan datang.

Untuk rekod, Syafinaz merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Muzik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Dec 2017

8 THINGS MALAYSIANS LOVE ABOUT THE CHRISTMAS SEASON

Christmas isn’t just a celebration for the Christians but also a wonderful holiday for everyone.

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

蔡依林♥潘玮柏?情人节礼卡露馅 粉丝狂拱:在一起!

Jolin蔡依林最近送了巧克力给李冰冰,还附上亲笔卡片,意外让工整秀丽的字迹曝光,成为话题焦点。近日,「潘帅」潘玮柏也收到她的礼物,没想到一样的礼物,「待遇」却大不同,让好友收到超傻眼,让男方私下小名曝了光,还被粉丝力拱「快点在一起!」

Hiburan Sun, 29 Apr 2018

Apa Pun Tak Boleh, Bunkface?

Apa Pun Tak Boleh juga dianggap cukup istimewa kerana ia buat julung kali menyaksikan kerjasama Bunkface dengan penyanyi era 60-an, Datuk Jeffrydin, dan artis rap, Caprice.

Events Sat, 2 Nov 2019

Ini Senarai Penuh Pemenang #ASK2019 Yang Patut Korang Tengok!

Tahniah Diucapkan buat semua pemenang #ASK2019

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Featured Fri, 18 Mar 2022
LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018

Dilabel Kejam Dan Gila, Dua Lelaki Ini Sanggup Masukkan Kucing Dalam Mesin Pengering Sehingga Mati

Kucing malang ini curi perhatian netizen dan Persatuan Haiwan Malaysia

error: Content is protected !!