Dilabel Serupa ‘Tengkorak’, Apa Komen Amyza Adnan?

Di usia 43 tahun, pelakon Amyza Adnan di antara selebriti yang wajahnya seolah-olah tidak dimamah usia.

Pelakon yang pernah popular dalam drama komedi bersiri Mat Despatch ini turut dilihat amat menjaga penampilan.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga anak ini turut berkongsi tips dalam mengekalkan wajah agar tidak menampakkan usia sebenar. 

”  Sebab itu saya suka berlawak dan tidak suka fikir benda yang stress. Selain jaga pemakanan, saya juga ambil pendekatan positif sekiranya berdepan dengan masalah.

” Jadi kalau ada masalah, saya akan gelak juga. Tapi bergantung juga, tak adalah bila masalah serius saya terus gelak. Ambil masa juga untuk berdiam diri dan memujuk hati yang lara. Cuma masa untuk down itu tidaklah lama. Usia pun dah semakin matang, ada kalanya gelak adalah ‘ubat’ ketika hati sedang berduka lara,” katanya kepada XTRA.

Selebriti yang terkenal dengan sifat ramahnya ini memberitahu dia tidak pernah berkecil hati dengan kata-kata netizen yang membandingkan tubuhnya seperti ‘tengkorak hidup’. 

” Manusia akan terus berkata, biarkan sahaja…ambil yang positif sahaja.

” Apa salahnya kurus, asalkan badan sihat walafiat. Selepas melahirkan anak ketiga, saya juga gemar memakai korset. Bayangkan kalau membuat kerja di rumah, saya tetap akan menyarungkan korset kecuali ketika tidur.

” Pendek kata, Amyza Adnan dan korset berpisah tiada. Ke mana-mana pun saya pasti menggunakannya bagi mengekalkan tubuh langsing,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, lakonan Amyza kini juga boleh ditonton di dalam drama Kereta Sewa yang bersiaran setiap Isnin-Khamis pada 6.30 petang menerusi slot Iris di TV3!

Oleh: SGMS Nanie

SGMS Faida