Dilantik Sebagai Ahli Lembaga AirAsia, Raline Shah Pupuk Hobi Terbang Pesawat

Pelakon cantik dari Indonesia, Raline Shah memberitahu menerbang pesawat adalah hobi baru buat dirinya.

Memetik laporan Suara.com, Raline mengatakan video pesawat yang dikongsikan di Miami adalah merupakan salah satu proses pembelajaran.

Selain itu, dia mahu menimba pengetahuan baru tentang perkara yang luar dari bidangnya.

“Sebenarnya dari kecil saya memang suka melihat pesawat diterbangkan.

“Apabila dilantik menjadi salah seorang ahli lembaga syarikat penerbangan AirAsia, saya semakin berminat melihat pilot menerbangkan pesawat. Ini juga sebenarnya menambah pengetahuan saya,” ujarnya.

Namun begitu, Raline mengaku tidak memiliki kapal terbang peribadi dan memerlukan jumlah wang yang besar jika hendak mendapatkan lesen juruterbang.

“Tidak saya tidak selalu belajar sebab tak ada pesawat. Saya juga perlukan beberapa puluh jam penerbangan lagi untuk layak memiliki sijil pilot,” katanya.

Maya Basir