D’Masiv Pilih Malaysia Jadi Lokasi Pertama Konsert Tunggal Jelajah Dunia ‘D’Masiv 20AD To The World’

Bersempena menyambut ulang tahun ke-20, kumpulan muzik rock band popular yang berasal dari Indonesia, D’Masiv bakal mengadakan konsert siri jelajah dunia ‘D’Masiv 20AD Road To The World’ mereka tidak lama lagi.

Namun, apa yang menariknya, kumpulan yang dibawakan oleh Neptune Presents ini memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi pertama konsert jelajah dunia mereka selain Australia  New York dan Jakarta.

“Kami akan adakan konsert jelajah dunia’ Road To The World’ dan Malaysia sebagai destinasi pertama yang kami pilih dan konsert akan juga diadakan pada Jun nanti. Dan, kemudian kami akan menyambung konsert jelajah tersebut sekitar Julai di Jakarta, Perth dan juga time Square, New York. 

“Dan masih ada beberapa lagi lokasi yang kami pilih namun, masih menunggu jawapan untuk membuat konsert di sana,” kata Rian selaku vokalis ketika majlis sidang media secara virtual pada Isnin.

 

Menurut D’Masiv, sebanyak 23 hingga 25 buah lagu popular mereka akan dibawakan pada konsert nanti termasuklah, Cinta Ini Membunuhku, Diantara Kalian, Merindukanmu, Jangan Menyerah dan banyak lagi lagu popular yanh diambil dari album Perubahan (2008) sehinggalah Time (2022).

Namun, terdapat beberapa buah lagu akan diubah mengikut susunan muzik yang lebih segar dengan persembahan visual dan gimik yang akan membuatkan konsert ‘Road To The World’ di Malaysia lebih istimewa.

Ketika ditanya mengenai perancangan mereka untuk berkolaborasi bersama artis Malaysia pada konsert nanti, D’Masiv bagaimanapun berkata ia masih dalam perancangan.

“Persiapan sangat spesial dari vidual, arrangement lagu, gimik dan banyak lagi kena tunggu dan datang.

“Akan ada lagu yang mempunyai arrangement yang berbeza tapi mostly, akan bawa juga arrangemnt asal supaya peminat boleh menyanyi bersama dan kerana mungkin lagu itu juga yang paling ditunggu-tunggu oleh pendengar di Malaysia.

“Ada beberapa penyanyi yang kami masih terfikir untuk berkolaborasi di konsert nanti antaranya, Masdo, Bunkface serta Amy Search” jelasnya.

Justeru, buat semua peminat D’Masiv yang ingin galau bersama, jangan lupa dapatkan tiket bermula 17 Mac ini di www.startix.live.

 

Salma Syahbuddin