‘Doa Saya Istiqamah’- Serina Redzuawan Umum Sudah Bertudung!

Pelakon Serina Redzuawan mengumumkan dirinya sudah mula berhijab, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagramnya, pelakon filem Hospital ini memaklumkan memutuskan untuk berhijab sempena mengambil keberkatan bulan Syawal.

“ Alhamdulillah, sempena Syawal yang mulia, saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan saya sudah berhijab.

“Memang bukan mudah membulatkan tekad, perlu ada pengorbanan dan guru yang memberi tunjuk ajar. Selain itu, kata semangat dan dorongan daripada keluarga serta sahabat tersayang juga membantu saya untuk terus istiqamah,” kata anak perempuan chef selebriti terkenal, Chef Wan. 

Tambahnya ibu kepada Tristan Tareef O’luanaigh dan Isabella Safiyya O’luanaigh ini juga, dia berterima kasih kepada @ustazahasmaharun.official kerana banyak memberi inspirasi dan ilmu dalam proses penghijrahannya.

“ Doakan Serina istikhomah. Sama sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna,” katanya.

SGMS Faida