Penyanyi terkenal Doja Cat mengumumkan dia disahkan positif wabak Covid-19 melalui hantaran terbaru di Instagram miliknya.

“Dukacitanya, saya rasa sedih untuk berkongsi bahawa saya baru sahaja diuji positif Covid-19 dan tidak dapat membuat persembahan di iHeartRadio Jingle Ball Tour,” kata Doja.

 

Doja amat sedih kerana dia terpaksa membatalkan beberapa persembahan yang akan datang serta kecewa tidak dapat bersama dengan peminat untuk menyambut Krismas di konsert Jingle Ball Tour.

Penyanyi yang popular dengan lagu Say So itu menjelaskan walaupun menghidapi wabak, dia berada di dalam keadaan yang baik dan sedang fokus untuk pulih seperti biasa.

Sebelum disahkan positif, Doja memaklumkan dia terpaksa mengundur diri daripada menyertai persembahan di iHeartRadio’s New York ZIOO dan Boston KISS FM Jingle Ball kerana beberapa ahli produksinya menghidapi wabak itu.

 

“Saya sangat kecewa, Jingle Ball mempunyai barisan artis yang hebat untuk anda semua, saya berharap sangat saya boleh ada di sana,” kata Doja menerusi hantaran Instagram.

Ini bukan kali pertama Doja postif Covid-19 kerana pada Julai tahun lepas, dia memberitahu Capital XTRA dia mempunyai wabak itu setelah mengalami gejala selama empat hari.

Pada tahun lalu, Doja juga pernah mengakui dia tidak percaya dengan wabak Covid-19 kepada peminatnya di siaran langsung Instagram miliknya.

“Ia cuma selsema, ambil sahaja ubat, minum air dan tidur. Saya tidak takut dengan Corona,” kata Doja sebelum ini.

Kredit foto: Getty Images

Arfah