Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 16, 2024 @ 8:28pm

Dr Say Dedah Maid Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah Dibayar

Personaliti media sosial, Dr Say mendedahkan kedua-dua pembantu rumah yang sebelum ini kantoi membawa masuk dua lelaki ke dalam kediamannya itu berkemungkinan telah dibayar.

Jelas Dr Say atau nama lengkapnya, Muhammad Shazril Shaharuddin memaklumkan salah seorang pembantu rumahnya berasal dari Indonesia pernah beberapa kali berjumpa dengan lelaki Bangladesh di tempat parkir rumahnya.

“Saya dengar maid Indonesia itu dibayar oleh lelaki-lelaki itu in the form of pelacuran. Mungkin kekangan duit tapi dia tak pernah cerita pada saya

“Maid Filipina maklum itu pertama kali mereka membawa masuk lelaki ke dalam rumah, tetapi sebelum ini maid Indonesia banyak kali pernah berjumpa dua lelaki berbeza di pintu pagar.

“Pernah kantoikan dia bukakan gate untuk seorang lelaki tetapi bila dia nampak saya dan isteri dia terus halau individu itu. Saya terus mesej dalam group WhatsApp tanya siapa orang tu, tapi dia pusing kata itu saudara dia padahal muka persis orang Bangladesh,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini kes tersebut, Dr Say yang merupakan doktor perubatan itu memaklumkan salah seorang maid Indonesia telah dihalau dari rumah dan hanya pembantu rumah dari Filipina sahaja yang masih berkhidmat.

“Saya kekalkan dia (maid Filipina) sebab pada awal saya ambil dia sebelum pembantu Indonesia datang, saya perasan dia sangat baik, nampak ikhlas bekerja.

“Dia minta maaf dengan saya atas insiden itu tetapi saya faham dia tersepit dengan keadaan sebab tak nak ada konflik pertelingakahan dengan maid Indonesia itu,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Dr Say berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Sun Spectrum oleh Avenys, pada Rabu.

Bercakap soal trauma, Dr Say berkata anak keduanya, Safriel amat terkesan dengan insiden tersebut kerana dia melihat kejadian bilik pembantu rumahnya diserbu pihak polis.

“Pada awalnya anak kedua saya mencari mana ‘Kakak S’, tetapi saya perasan dia agak trauma sampai kata ‘Kakak S dengan bad guy inside the room’. Ketika kejadian silap saya juga sebab bila buka pintu anak saya masuk dulu jadi dia nampak polis tu bagi ajaran kepada dua lelaki itu.

“Selepas itu dia takut dan banyak berdiam diri, kami keluar pergi beli makanan pun ada orang Bangla dia terus tunjuk ‘bad guy inside kakak room’. Tak sangka sampai macam tu, perlukan masa untuk tenangkan dia,” ujarnya.

Sebelum ini, bapa kepada tiga cahaya mata itu berdepan detik cemas apabila dua pembantu rumahnya tergamak membawa masuk dua lelaki sewaktu dia dan isteri berada di rumah dalam satu kejadian pada Isnin.

Susulan itu, dia telah menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan sebelum memecah masuk bilik pembantunya dan kantoi dua lelaki sedang menyorok di dalam selimut dengan keadaan tidak berbaju.

Artikel Berkaitan: “Nak Buat Konten Otak Letak Kat Kepala Bukan Kat Tesla” – Jadi Wakil Isteri- Isteri & Wanita Tersakiti, Dr Say Tak Tolak Poligami Tapi…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Tue, 20 Jan 2026

“Jangan Letak Ekspektasi Macam Saya Urus Konsert” – Khairul Aming Mohon Netizen Beri Ruang Selesaikan Isu Tempahan Restoran Rembayung

Khairul Aming menjelaskan pihaknya tidak dapat menyelsaikan isu tersebut dalam masa yang singkat

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

“Tak Berkat Rezeki Guna Video Itu, Saya Tak Izinkan” – Uyaina Arshad Tegur Peniaga Affiliate

Uyaina Arshad sifatkan peniaga Affiliate tak berkat ambil video tanpa izin

Trending Wed, 21 Aug 2019

Here are 6 Must-Go Western Eateries in Shah Alam that Promise You Good Food

Now you no longer need to break the bank to get good food.

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Sarah Fazny Bawa Diri Ke Jakarta?

Sarah Fazny juga berjanji akan memberitahu keputusannya sebaik saja mendapat jawapan daripada sana.

Featured Tue, 28 Apr 2026

“Kalau Suami Nak Murah Rezeki Jangan Kedekut Dengan Isteri” – Ozlynn Waty

Ozlynn berpendapat, setiap pasangan suami isteri perlu memainkan peranan penting dalam memahami situasi dan keadaan kewangan antara satu sama lain.

error: Content is protected !!