Berbaki sehari sahaja lagi sebelum drama trending ini sampai ke penghujungnya, episod Camelia semestinya yang paling ditunggu-tunggu terutamanya apabila beberapa konflik baru wujud antara Mariam dan Marina.
Drama arahan Eoon Suhaimi ini mencipta fenomena nya tersendiri apabila seringkali trending di Twitter kerana mampat dengan nasihat dan pengajaran buat segenap lapisan masyarakat.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi nilai penting yang berjaya disampaikan dalam drama Camelia terutamanya kepada golongan ibu bapa agar sentiasa menunjukkan tauladan yang baik terhadap anak-anak.
Terlalu agungkan anak sendiri sehingga mengganggu emosi orang lain
Drama yang banyak mengajar orang ramai supaya tidak bersikap prejudis terhadap orang lain seperti Malik yang diambil sebagai anak angkat.
Manakala, karakter Marina yang sering mengganggu kakaknya, Mariam sehingga munculnya split personality bernama Camelia dalam diri Mariam.
Tak kesian langsung family lepas tok meninggal. Marina oh Marina.. pic.twitter.com/4UarlfQPlW
— KakiDramaTV (@KakiDramaTV1) January 22, 2020
Perlu curiga kepada pasangan
Kalau dilihat pada jalan cerita Camelia, mesti korang sedar berapa ramai lelaki yang ditipu oleh Marina demi mencapai motif jahatnya itu sampai sanggup menggunakan kecantikannya.
Nak kahwin pun sanggup menipu. Tengok apa kau dah buat kat tok Marina.. pic.twitter.com/iKUf8M4yRl
— KakiDramaTV (@KakiDramaTV1) January 22, 2020

Camelia angkat isu depresi dan split personality
Isu yang dibangkitkan dalam drama ini bukan sahaja mengajak penonton keluar dari kepompong dan tema klise drama melayu. Malah, pengarahnya juga mengajak masyarakat untuk sama-sama faham dan kenal tentang pentingnya isu depresi dan split personality ini.