Categories: HiburanSelebriti

Dua Kali Berpisah, Siapa Mr. W Dalam Hidup Sasha?

“Dia sangat jujur dan istimewa,” demikian kata penyanyi dan pelakon Sasha Saidin yang sudah bertemu lelaki idaman yang dikenali sebagai Mr W sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Sasha yang  bergelar ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu, dia mengaku sudah bersedia bergelar isteri semula.

“Kami masih dalam fasa berkawan tetapi saya tidak menolak jika dia jodoh saya.

“Dia sangat istimewa dan saya rasa sangat selesa dapat berkongsi cerita bersama,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita mengenai perkahwinan idaman, Sasha memberitahu mahu lakukannya dalam suasana sederhana.

“Saya tak mahu membazir, di usia begini baik saya belanjakan wang untuk melancong,” katanya yang mahu resepsi diadakan dalam suasana ringkas.

Untuk rekod, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 dan bercerai pada 2007.

Kemudian Sasha bertemu jodoh dengan Salyo Priyanto pada 2007 namun bercerai pada 2012.

Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

SGMS Fas