Dua Kali ‘Terkandas’ Dalam Perkahwinan, Joy Revfa Dah Jumpa Pengganti

Nampaknya hati usahawan kosmetik, Joy Revfa kembali ‘dicuri’ sekali lagi.

Menerusi laman Instagramnya, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin mengaku sudah bertemu si pujaan hati.

“ Kami berdua memang dari 2 ‘planet’ berbeza tapi hati kami menyatu. Di luar sana, mungkin ada yang suka & ada yang membenci.  

“ Ramai yang mendoakan dam berharap Joy dapat bertemu cinta yang tulus ikhlas dan merasai indahnya perkahwinan untuk kali ke tiga hanya berpaksikan Allah SWT,” luahnya.

Joy yang merupakan bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun ini turut memohon doa daripada peminat agar jodoh kali ini berkekalan.

“ Semoga kami tak tewas dengan kata- kata yang sengaja ingin meretakkan dan memisahkan. Mohon juga doa dari kalian agar jodoh kami berkekalan sampai bila-bila. Insya Allah,” tulis Joy diikuti dengan tanda pagar Janji Allah Itu Pasti.

Terdahulu, Joy Revfa pernah berkahwin dengan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim dan mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun.

SGMS Faida