Categories: HiburanSelebriti

Dua Lagenda Metal Bakal Berkongsi Pentas

Bayangkan bila dua kumpulan lagenda rock metal ni bersatu, pasti pecah beb! Kumpulan XPDC dan Cromok, dua nama besar yang tak perlu diperkenalkan lagi. Mengangkat genre muzik heavy metal dan trash metal, dua lagenda metal ini bakal berkongsi pentas pada 3 Februari 2018.

Bertempat di pentas MAEPS Serdang, konsert ini akan bermula jam 8.30 malam bakal menyaksikan persembahan terbaik menerusi seleksi lagu popular XPDC seperti C.I.N.T.A, Hijau Bumi Tuhan dan Semangat Yang Hilang.

Tidak kurang hebatnya, kumpulan Cromok juga bakal ‘menggoreng’ naskah lagenda mereka seperti ‘Another You’, I Do Not Belong Here, Memories dan banyak lagi. Fuh, tak sabar pula rasanya kami nak tonton persembahan mereka!

Konsert Metal Legends ini dibawa khas oleh JMP Production dan LIFESCAPE dengan sokongan pihak pengurusan MAEPS Serdang! Tiket boleh mula dibeli di kaunter XPDC KITA PENG YU SHOP (Uptown Kota Damansara) & XPDC Bundle Alteration Jeans di Taman Kajang Utama, Selangor.

Hubungi wakil penjualan tiket di nombor berikut; 

Bro Yazid 011- 350 30241

Mr Faizal 016- 259 8872

Mr Azhar 017- 263 0437

Bro 011 3607 6678

SGMS Enal