“Dua Minggu Dia Lukis, Harap Tak Bosan Tengok Muka Ben” – Ben Amir Jumpa Pelukis Potretnya

Teruja dengan bakat besar seorang pelukis berbadan kerdil, Nur Fariza Abu Hassan (34) yang telah mengambil masa dua minggu menyiapkan potret pelakon drama Sweet Dreams tersebut, Ben Amir telah meluangkan masa menziarahi sendiri Fariza dan keluarganya. 

Perkara ini dikongsikan menerusi entri di laman instagram @benamirr yang telah memuatnaik beberapa foto kenangan untuk tatapan pengikut-pengikutnya. 

“Saya sangat gembira bertemu awak dan keluarga! Percaya tak ini potret pertama yang Fariza lukis? 2 minggu dia lukis, harap tak bosan tengok muka Ben. 

“Kita mampu melakukan perkara-perkara hebat kalau kita betul-betul fokuskan fikiran kita ke arah itu. Harap usaha Fariza dapat beri inspirasi kepada kita semua.  

“Sudah tentu saya akan gantung di dinding,” tulis Ben sebagai kapsyen entri tersebut. 

Terdahulu, sebuah portal melaporkan yang Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin (29) telah menyatakan hasrat untuk membeli potret yang dihasilkan oleh Fariza dengan menghubungi adik Fariza, Ahmad Faiz melalui laman sosial Twitter. 

Ahmad Faiz telah berkongsi potret yang dilukiskan oleh kakaknya di Twitter pada 7 November lalu. 

Del14