Hiburan By: SGMS Faida March 18, 2019 @ 5:36pm

Dua Tahun Menghilang, Tukul Arwana Rindu Mengacara

Pelawak Indonesia, Tukul Arwana mengaku rindu untuk kembali mengacara seterusnya muncul di kaca televisyen. 

Selepas dua tahun mengundurkan diri dari sebuah program popular yang mengangkat namanya di seberang, beliau meluahkan hasrat untuk kembali jika diberi peluang.

“ Yang paling saya rindu adalah membuat penonton ketawa dan bercanda dengan mereka. 

“ Menghiburkan penonton di studio merupakan salah satu hal yang saya rindukan,” katanya ketika muncul di salah sebuah program temubual di Jakarta, baru-baru ini.

Akui Tukul, beliau sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara jika ditawarkan program bersesuaian.

“ Boleh tapi perjanjiannya harus win-win ya. Perbincangan harus jelas dan memberi kesenangan pada dua belah pihak,” katanya.

Lelaki kelahiran Semarang ini mengaku masih mengikuti perkembangan dunia seni menerusi Instagram meskipun tidak lagi aktif.

Tukul Arwana pernah bergelar hos program Bukan Empat Mata selama 11 tahun di salah sebuah stesen televisyen milik kumpulan TransCorps.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Aug 2023
Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Thu, 23 Nov 2017

SEBAB KENAPA WAK DOYOK PILIH WANITA “KACUK” INI?

Kalau ditanya siapa Malika Askarova? ini jawapannya. Lain macam betul taste Wak Doyok kan? Apa-apa pun Tahniah Wak! 

Events Thu, 20 Feb 2020

[VIDEO] Alvin Chong ‘Simpan Rahsia’ Emma Maembong Bakal Berkahwin?

Wah, bagus jugak rupanya Alvin jadi penyimpan rahsia eh!

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Banyak Cabaran Untuk Saya Ke Tahap Ini – Joe Flizzow

Tahniah Joe Flizzow selepas dinobat sebagai Penghibur Terbaik Asia Tenggara di Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 (MTV EMA 2018).

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Expensive Modern Art Piece Vandalised By Childish Wanna One Fans

The artwork costs more than RM2 million!

Hiburan Thu, 30 May 2019

Curang Dengan Isteri, Cef Fikree Akhirnya Bercerai

Padam ‘the ugly post’…semoga Zuriehan terus tabah hadapi dugaan ini. Doa yang baik-baik!

Hiburan Wed, 6 Mar 2024