Duduk Dengan 340,000 Ekor Lebah, Shuib Berjaya Sahut Cabaran ‘Bee Man’

Pelawak dan usahawan madu, Shuib Sepahtu berjaya menyahut cabaran ‘ Bee Man’ sebentar tadi apabila berjaya duduk bersama lebih 340,000 ekor lebah.

Menerusi laman Facebook Bee Factory, Shuib tidak keseorangan malah ditemani dan pelakon Pablo Omar yang turut menjalani cabaran tersebut di Taman Botani, Ayer Keroh, Melaka. Seram beb!

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan kagum dengan keberanian suami kepada penyanyi Siti Sarah itu. 

“ Saya nak ucapkan yang mendoakan saya hari ini. Tanpa doa anda saya tak mungkin berjaya melalui semua ini. Tahniah Pablo, u’ve made it,” katanya.

Tahniah Shuib dan Pablo Omar diiktiraf Malaysia Book Of Record atas kejayaan duduk bersama ratusan ribu lebah di badan.

 

SGMS Faida