Dukun Muncul Sebagai Filem Terbaik Di ASK 2018

Filem Dukun terbitan Astro Shaw Sdn Bhd muncul sebagai filem terbaik di Anugerah Skrin 2018, sebentar tadi.

Filem seram kontroversi yang diilhamkam dari kisah sebenar itu mendapat sambutan memberangsangkan walaupun filem ini ‘diperam’ sejak tahun 2006.

Pelakon Datin Umie Aida memegang watak sebagai Diana Dahlan di mana penampilannya masih belum berhijab. Ini kerana penggambaran dijalankan pada tahun 12 tahun lalu.

Dalam pada itu, filem arahan Dain Said ini terpilih untuk ditayangkan di New York Asian Film Festival 2018 (NYAFF) ke 17.

Dukun turut mengutip kutipan sebanyak RM 11 juta selepas ditayang di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Tahniah buat semua tenaga produksi filem Dukun!

SGMS Faida