Hiburan By: Padin March 10, 2024 @ 7:00am

Dulu Model Kini Pelakon… 10 Tahun Fahmi Zaki Kumpul Keberanian Terjun Ke Dunia Lakonan

Selepas hampir 10 tahun aktif sebagai model, tahun ini pendatang baharu dunia seni Fahmi Zaki memberanikan diri untuk terjun ke dunia lakonan.

Namun, sebagai pelakon baharu kebimbangan terbesar Fahmi, 28, adalah kontroversi dan kejutan budaya dalam industri hiburan.

“Sebelum ini saya hanya melihat dunia seni sebagai orang biasa. Sekarang saya pula berkerja sebagai pelakon jadi, bimbang juga tentang kontroversi yang sebelum ini saya dengar tentang artis lain.

“Selain itu, saya bimbang juga tentang kejutan budaya, sesuai atau tidak untuk saya bekerja sebagai pelakon. Sebagai manusia biasa, takut tersalah langkah,” ujarnya.

Sungguhpun begitu selepas terlibat dalam sebuah drama Kembali Mencintai, sangkaannya meleset dan mula seronok bergelar seorang pelakon.

“Sebelum bermula memang risau, tetapi apabila sudah berlakon dan faham kerja pelakon, saya mula rasa seronok.

“Paling penting adalah niat kenapa saya mahu menjadi pelakon. Pada usia 28 tahun saya sudah matang dan tahun bukan mudah untuk mendapatkan wang.

“Jadi, saya berlakon bukanlah sekadar main-main atau mahu popular, sebaliknya serius mahu menjadikan lakonan sebagai karier untuk jangka masa panjang,” katanya yang juga seorang jurulatih kecergasan.

Berkongsi tentang minatnya dalam dunia lakonan, kata anak kedua daripada empat adik-beradik itu, sebelum ini dia pernah mencuba nasib untuk menyertai pertandingan Hero Remaja 2019 tetapi nasib tidak menyebelahinya ketika itu

Tidak berputus asa, Fahmi terus mencari peluang dan ruang dan akhirnya pada tahun ini barulah rezeki berpihak kepadanya.

“Ikutkan saya pernah sertai uji bakat Hero Remaja 2019, tetapi gagal. Walaupun tidak berjaya saya tidak pernah lupakan impian untuk menjadi pelakon.

“Alhamdulillah, tahun ini barulah semuanya berhasil dan saya telah mula berlakon. Saya percaya Allah akan beri rezeki pada waktu yang tepat.

“Jika saya terjun ke dunia seni waktu muda mungkin saya akan hanyut atau tidak serius untuk bekerja. Sekarang pada usia yang matang, saya hargai setiap rezeki yang datang dan buat bersungguh-sungguh apabila diberi kepercayaan untuk membawa sesuatu watak,” tutur Fahmi yang merupakan pemilik perniagaan Dap Dap Yogurt.

Terbaharu, Fahmi kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Dosa Cinta untuk siaran iQIYI terbitan Zeel Production.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Aug 2022
Featured Mon, 5 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal

Wooo!! Panas bethol komen balas Ifa Raziah! Guru vokal tak guru vokal! 🔥🔥

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Netizen Tak Beradab! Nazim Othman Kecewa

Selepas gambar tersebut dikecam netizen, Nazim Othman sekali lagi dilihat memuat naik gambar beliau dengan caption yang lebih deep

Hiburan Sun, 26 Nov 2017

Alana Martina, Anak Keempat Cristiano Ronaldo Selamat Dilahirkan

, Anak Keempat Cristiano Ronaldo,Alana Martina Selamat Dilahirkan

Hiburan Tue, 19 Dec 2023