Categories: HiburanSelebriti

Ebby Yus Masuk Hospital Kerana Sakit Jantung

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu.

“Sebenarnya sejak enam bulan lalu saya sudah tidak mengambil sebarang tawaran dan kerja seni sebab badan tidak berapa sihat. 

“Saya hanya berehat di rumah dan pergi ke hospital untuk rawatan susulan.

“Namun, Sabtu lalu saya ada terima tawaran persembahan di Pulau Pinang selepas agak lama tidak bekerja. Pulang sahaja ke Kuala Lumpur, saya berasa  tidak sedap badan.

“Alhamdulillah, doktor kata kesihatan saya tidak serius dan perlu menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya

SGMS Enal