Categories: HiburanSelebriti

Datin Muda, Elvina Nikah 18 Mac

 Elvina Mohamad, 23, mengesahkan bakal bernikah dengan seorang usahawan dan selebriti dunia permotoran Datuk Mohd Haniff Borhan, 33, pada 18 Mac depan.2018

Majlis pernikahan itu akan diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada pukul 3 petang.

Kata Elvina, keputusannya untuk berkahwin dibuat selepas menyambut hari jadinya pada 25 Januari lalu.

“Kami berkenalan sejak dua tahun lepas dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas sambutan hari jadi saya baru-baru ini.

“Secara peribadinya dia seorang jejaka yang memahami kerjaya saya  dan menghormati keluarga,” 

Majlis pertunangan akan berlangsung pada pukul 2.30 petang hari sama dan majlis persandingan akan diadakan pada 24 Mac 2018 di lokasi sama.

SGMS Enal