Hiburan By: SGMS Faida May 7, 2018 @ 6:39am

Eksperimen ‘Jijik’, Pelakon Siri Popular Ditahan

Paksa orang lain menonton video adegan rogol dan mengerat mayat, itu antara perbuatan keji yang dilakukan oleh seorang doktor dalam kumpulan kultus seks Nxivm! Lebih jelik, perbuatan ini diwujudkan untuk mengkaji tahap ketakutan seseorang.

Menurut laporan New York Post, Brandon Porter, 44, menjadi doktor di kultus berkenaan dikatakan turut diterajui pelakon siri televisyen Smallville, Allison Mack, 35 yang turut didakwa mempengaruhi dan mengugut pengikut wanitanya untuk menjadi hamba seks.

Dia didakwa atas kesalahan melakukan eksperimen haram untuk memantau gelombang otak mereka yang menyertai program Nxivm.

Antara video ditayangkan ialah mengenai pembunuhan empat wanita, seorang lelaki Afrika Amerika dipijak pengikut Nazi dan seorang lelaki dipaksa memakan bahan otaknya sendiri

Dia turut dituduh melakukan kajian yang tidak sepatutnya terhadap kecelaruan obsesif kompulsif dan sindrom Tourette’s selain gagal melaporkan wabak penyakit yang tercetus ketika acara Nxivm pada 2016.

Perkara itu didedahkan selepas bekas pelakon Kanada, Jennifer Kobelt membuat laporan kepada pihak berkuasa New York mengenai eksperimen dilakukan Porter yang mengakibatkannya trauma.

“Tanpa amaran dia memaksa saya melihat bahan berkenaan dan merakam reaksi saya selama 10 minit sedangkan ketika itu saya menangis dan ingin muntah.

“Dia mengecewakan saya, bukan hanya sebagai rakan tetapi pengamal perubatan,” katanya.

New York Post melaporkan, Pejabat Perubatan Profesional New York (OMPC) berkata, Porter tidak layak dari segi moral selain bersalah kerana kecuaian dan ketidakcekapan serius, lapor the Post.

Ketua kultus, Keith Raniere, 57, kini dalam tahanan selepas ditangkap di Mexico pada Mac lalu atas pelbagai tuduhan yang turut termasuk pemerdagangan seks.

Allison ditahan sebulan kemudian dan kini dalam perintah penahanan di rumah ibu bapanya selepas didakwa merekrut wanita untuk operasi pemerdagangan seks.

Sumber: Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 May 2018

Farah Nabilah Tak Boleh Tinggalkan Rumah?

Syarat yang diletakkan oleh ibu beliau ini sedikit sebanyak membantu Farah daripada terpalit isu kontroversi yang boleh menjatuhkan reputasi beliau

Featured Fri, 25 Nov 2022

Foto Berpelukan, Wak Doyok & A. Aida Undang Komen Nakal Netizen

Laju je netizen ni kan.. Doakan yang baik-baik

Featured Thu, 14 Apr 2022
Featured Tue, 17 May 2022
Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Hiburan Tue, 23 Jul 2019
Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Cinta Lokasi Bukan Pilihan Zul Ariffin

Tolak cinta lokasi kenapa ye ? Takut terputus ditengah jalan lagi ke seperti yang sebelum ini