Hiburan By: SGMS Faida June 7, 2019 @ 4:26pm

Elak Bersedih Di Pagi Raya, Aizat Sambut Syawal Di Sabah

Tidak mahu bersedih meraikan 1 Syawal selepas kehilangan bapa tersayang pada 9 Januari lalu, Aizat dan keluarga membuat keputusan menyambut hari mulia itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Hari Tua itu berkata, meskipun reda, ada ketika rindu yang datang memuncak membuatkan dia begitu terkesan dengan kehilangan ayahnya.

“Segala kenangan bersamanya menjadi memori yang terlalu indah. Untuk melupakan kesedihan, saya dan keluarga meraikan 1 Syawal di Kota Kinabalu, sambil menziarahi anak saudara pertama.

“Ketika dilahirkan, arwah ayah hanya mampu menatapnya melalui panggilan video. Selepas itu, arwah sakit dan menghembuskan nafas terakhir,” katanya dalam nada sebak.

Aizat berkata, dia tidak mahu terus bersedih kerana bimbang ia memberi kesan kepada ibunya yang pernah berkongsi hidup dengan arwah bapanya.

“Meskipun, arwah dan ibu bercerai ketika saya masih kecil, mereka masih mengekalkan ukhuwah. Hubungan arwah dengan bapa tiri juga sangat akrab.

“Saya lihat ibu selalu bersedih apabila terkenangkan arwah. Saya faham mereka pernah hidup bersama dan memiliki enam cahaya mata.

“Jadi, kami fikir lebih baik beralih angin dan meraikan Syawal jauh dari kota. Saya tidak mahu kami bersedih pada hari raya,” katanya.

Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 dan 2015 itu berkata, dia amat terasa dengan kehilangan penyokong nombor satunya itu.

“Arwah pernah melaburkan wang RM100,000 untuk menghasilkan album sulung, Percubaan Pertama yang memuatkan lagu popular, Hanya Kau Yang Mampu pada 2008.

“Ia demi merealisasikan impian saya untuk menjadi artis rakaman, selepas gagal ke peringkat akhir Akademi Fantasia musim kelima (AF5). Itu kenangan dan legasi yang ditinggalkan buat saya.

“Saya bertuah kerana restu dan doa ayah serta ibu sentiasa mengiringi perjalanan. Tanpa mereka, tidak mungkin saya mampu mempertahankan apa yang saya genggam ini. Saya amat terhutang budi pada ayah dan ibu.

“Sekarang, saya hanya ada ibu, justeru saya mahu berbakti dan menjaganya dengan sebaik mungkin,” kata pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu, Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM 16) menerusi Lagu Kita.

Aizat berkata, dia baru memperkenalkan lagu Angin Lalu yang menjurus kepada perkongsian kisah kehilangan. Ia juga sebagai melunaskan impian arwah bapanya yang mahu dia menghasilkan lagu dengan iringan pemuzik orkestra.

“Proses rakaman disempurnakan di Jakarta, Indonesia, pada hujung tahun lalu. Saya menggunakan khidmat pemuzik yang pernah menghasilkan lagu Tulus, Samsons dan Anuar Zain,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Mahu Cabar Diri, Elisya Sandha Jadi Anggota Bomba?

Kata Elisya, Memang mencabar tapi seronok!

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Kos Bertambah Punca ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ Dihentikan

Kos penerbitan bertambah antara punca utama pemilik JS Pictures, Azman Yahya atau Jinggo mengambil keputusan tidak meneruskan program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan pada musim depan. “Saya dan isteri (Sheila Rusly) memang sedih dengan keputusan yang terpaksa […]

Hiburan Fri, 5 Jul 2019
#tilljannah Sat, 25 Feb 2023
Hiburan Thu, 31 May 2018

Lisa Surihani Selesa Bersama Suami

Lisa masih mengakui turut merindui dunia lakonan walaupun dalam masa yang sama sibuk mengurus syarikat suami dan mengasuh dua cahaya mata beliau

Contest Tue, 1 Oct 2019

Neelofa, Suara Ikon Gaya Hijabi Malaysia Ke Dunia!

Untungnya Neelofa apabila dijadikan rujukan ‘modest fashion‘ atau fesyen muslimah bagi jenama-jenama terkenal dunia! Ikon gaya Malaysia ini seringkali mendapat jemputan memenuhi undangan pertunjukan-pertunjukan fesyen serata dunia seperti Minggu Fesyen di New York, Paris dan […]

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Featured Tue, 15 Jun 2021

Longgar PKP Jika Kes Bawah 4,000 – Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang menggariskan empat fasa peralihan dengan tiga indikator utama. Pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan Fasa Pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh yang sedang […]

Featured Tue, 8 Mar 2022

Lapan Tahun Berlalu, MH370 Terus Dalam Ingatan

Masuk tahun kelapan kehilangan pesawat Beoing 777-200ER milik Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 lalu pastinya terus diingati oleh seluruh rakyat negara ini. MH370 yang terputus hubungan sejurus melintasi […]

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Doakan Abby Abadi…

Inshaa Allah malam ni akan diusahakan sekali doa selamat beserta solat hajat untuk kesembuhan Mama Aamiin Ya Rabb