Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Fatin Nurain February 25, 2023 @ 8:54pm

Shuib Rancang Nikahi Watie Pertengahan Tahun Ini

Pelawak Shuib sedang merancang untuk menikahi usahawan Watie Hanafiah pada pertengahan tahun ini.

Setelah sekian lama hubungan mereka menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet, Shuib bagaimanapun menyatakan dia akan menghebahkan mengenai perkara itu kepada umum memandangkan ia masih dalam perbincangan.

“Saya berniat (mendirikan rumah tangga) pada pertengahan tahun ini. Insya-Allah yang terperinci saya akan kongsikan nanti,” katanya.

Memetik laporan Media Hiburan, pelawak itu akan membimbing bakal isterinya selepas sering menjadi perhatian dalam kalangan netizen.

”Selalu saya beritahu dia jangan ambil pusing atau baca komen. Kadang-kadang kesian juga sebab dia bukan selebriti.

”Setakat ini semuanya baik dan saya ada memberitahunya tidak mengapa (jadi perhatian netizen), tetapi saya bimbing awak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shuib juga meluahkan rasa lega apabila ibunya, Salamiah Jalani boleh menerima Watie dengan baik termasuklah anak bongsunya, Ayash Affan.

”Ayash hanya mahu tiga orang wanita sahaja iaitu mama, pembantu dan Watie.

”Sekarang pun Watie yang menjaga Ayash kerana mama sedang mengerjakan umrah,” katanya.

Terdahulu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarhamah Siti Sarah pada 2011.

Hasil perkongsian, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Namun, arwah Siti Sarah telah meninggal dunia pada 19 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 13 Aug 2022
Hiburan Tue, 28 Nov 2017

Mommy Mas Idayu Tengking Kak Ros Hingga Terkejut

Kalau peserta siap mental dan fizikal, mereka akan terima dengan hati terbuka untuk kebaikan mereka

Trending Mon, 21 Oct 2019

Terkejut Ada Kelibat Sewaktu ‘Selfie’ Ketika Mendaki Bukit

Jaga-jaga sewaktu mengambil gambar tidak kira dimana ye

Featured Tue, 21 Feb 2023
TECH Wed, 12 Dec 2018

Cara Untuk Jadikan Peranti Pintar Sebagai “Speaker” PC

Sebagai langkah alternatif untuk PC yang yang rosak atau tiada pembesar suara, berikut kami kongsikan cara untuk menjadikan peranti pintar Android sebagai sebuah pembesar suara bagi PC ataupun komputer riba.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Cabaran Berat Bermula 4 Ogos, Good Luck Alvin Chong!

Pada mulanya memang tak yakin tetapi atas semangat dan sokongan rakan sekeliling termasuk pihak penerbit, saya terima. Cayalah Alvin!

Trending Fri, 13 Sep 2019

#Haze Is Trending On Twitter, Here’s The Prove Why It Is Getting Worse Than Before

Dear Malaysians, please look at what Malaysia has turned to..

error: Content is protected !!