Elfira Loy Akhirnya Undur Diri

Gadis kecil molek ini, bukan sahaja hebat di pentas lakonan, malah turut mempunyai bakat tersendiri dalam dunia pengacaraan dan perniagaan. Walaupun sering dihentam berkenaan isu putus tunangnya bersama penyanyi, Sufian Suhaimi, El kelihatannya masih tenang dan bersahaja dalam menangani isu tersebut.

Baru-baru ini, menerusi laman Instagram beliau, El telah berkongsi pengalaman beliau menghadiri sebuah acara di Sarawak. Acara yang dihadirinya itu sepatutnya dijadualkan berlangsung selama 2 hari iaitu pada Sabtu dan Ahad. Namun, El dikatakan telah mengundurkan diri daripada acara tersebut lebih awal. 

Jika dilihat menerusi insta story beliau, El telah menjelaskan tentang apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya. Justeru itu, El terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana keadaan beliau tidak mengizinkan. Malah, beliau juga terpaksa melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik yang berhampiran.

Kesian El! Dek kerana kesihatan beliau yang tidak mengizinkan, beliau tidak sempat untuk beramah mesra bersama peminatnya di bumi kenyalang itu. 

Diharap El sembuh secepat yang mungkin. Kerja, kerja juga dik, kesihatan jangan abaikan ya! 

Ditulis oleh: Nur Nasuha

Ad Ops