Categories: HiburanSelebriti

Elfira Loy Belanja RM10,000 Mekap Di LA

 Elfira Loy kegilaannya tentang alat solek menyebabkan beliau berhabis RM10,000 membeli pelbagai barangan mekap ketika menghadiri acara di Amerika Syarikat baru-baru ini. Perkara itu dikongsi laman Youtube beliau, Twinkel TV

“Saya pergi ke Los Angelas untuk satu event tapi sempat masuk ke Sephora dan apa yang saya nak buat pergi sana, nak beli macam-macam. Ada banyak yang saya habiskan dalam masa satu jam untuk beli barang. Saya belanja hampir RM10,000 di Sephora”

“Tak tahu lah kenapa boleh jadi macam mana. Tapi dah sampai ke kaunter, tak boleh patah balik. Kita terima saja la,” katanya menerusi video yang dimuat naik ke laman Youtube yang mendapat tontonan sehingga 190,000.

Menurut Elfira, beliau hanya menyedari jumlah keseluruhan produk alat solek ketika berada di kaunter setelah sejam membeli-belah. Terkejut tetapi Elfira terpaksa membayarnya kerana sudah berada di kaunter pembayaran.

SGMS Enal