TAHNIAH! Elfira Loy Kini Bergelar Mrs Faris

Pelakon Elfira Loy dilaporkan selamat bernikah dengan pasangan pilihan hati, Faris Khairol Anuar, hari ini.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri dekat sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di Cyberview Resort & Spa In Cyberjaya sebentar tadi.

Menerusi laman Instagram Elfira, pelakon berusia 25 tahun ini berkongsi sekeping gambar menunjukkan upacara membatalkan air sembahyang.

Elfira juga memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.

Rata-rata pengikut Elfira di laman Instagram gembira dan mendoakan agar pasangan ini kekal hingga ke Jannah.

Terdahulu, Elfira dilaporkan mengadakan majlis merisik dan bertunang secara kecil-kecilan dan tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.

SGMS Faida