Ella, Hujan, Bunkface Hiburkan Peminat Di Konsert Haus Boom Music 2019

Konsert Haus Boom Music 2019 bakal menghimpunkan barisan artis terkemuka antaranya Ella, Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang.

Penganjurnya, Azri Zahier Azmi berkata, konsert berskala besar julung kali diadakan itu diharapkan dapat menarik seramai mungkin rakyat Malaysia terutama golongan muda yang menantikan gabungan unik itu.

“Konsert ini diadakan pada setiap tahun cuma tahun ini dianjurkan dalam skala lebih besar. Kami percaya dengan gabungan penyanyi terkemuka tanah air, para peminat pasti akan terhibur sepanjang perjalanan konsert ini berlangsung. 

“Pihak kami amat teruja dengan penganjuran konsert ini sekaligus percaya sebuah fenomena akan tercetus pada hari itu nanti.

“Justeru pihak kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama hadir dan menyokong industri seni muzik tempatan. Siapa lagi akan menyokong bakat seni tempatan jika bukan rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

 

Konsert Haus Boom Music 2019 bakal diadakan pada 10 November ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan.

Dengan harga tiket mampu milik, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan konsert yang bakal berlangsung selama tujuh jam ini. 

Harga jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone) dan boleh dibeli menerusi aplikasi TicketApps bermula 18 Oktober ini.

SGMS Faida