Empat Protege Mara Ke Final Mentor Milenia 2019, Tahniah!

Sering disebut sebagai peserta berpotensi, Apex Tajudin yang merupakan protege Hazama menepati ramalan ramai apabila berjaya melangkah ke pentas final Mentor Milenia 2019.

Sementara itu, tiga lagi yang layak bergelar finalis adalah protege Ernie Zakri, Daus Husny, selain Aedy Kama (Black) dan Rika Riana (Stacy).

Tiga lagi protege terpaksa akur dengan keputusan apabila tersingkir malam tadi antaranya protege Hazama, Arayn Malek, Sharee Lopes (Akim) dan Yazrul Arrep (Ernie).

Siapa agaknya yang bakal bergelar Juara Mentor Milenia 2019 sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Pemenang juga berpeluang menghasilkan single bersama komposer terkenal, selain merakamkan video muzik yang bakal menjadi runut bunyi drama siaran TV3.

Konsert akhir Mentor Milenia 2019 bakal disiarkan pada Ahad depan (15 Disember) di TV3 jam 9 malam. 

SGMS Faida