Hiburan By: Salma Syahbuddin July 22, 2019 @ 11:43am

E!News Musim Kedua Tampil Wajah Baharu?

E! News edisi Malaysia yang menyajikan rangkuman berita infotainment gaya hidup kini kembali untuk musim kedua! Masih mengekalkan Tasha Aleia sebagai hos, E! News yang bakal bersiaran dua kali seminggu iaitu Isnin dan Khamis ini turut memperkenalkan dua orang hos baharu iaitu Natalie Hussain dan Eric Lin, bermula pada 22 Julai, pada pukul 9.00 malam di saluran YouTube rasmi TV3 Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, sambutan terhadap rancangan E!News pada musim pertama sangat memberangsangkan kerana hampir 3 juta penonton menonton program ini termasuklah menerusi platform digital di Youtube TV3 Malaysia.

“Kami amat bangga kerana hampir 3 juta penonton telah menonton program E! News ketika debut pertamanya di TV3 pada bulan Mac lalu. Jumlah tontonan di platform digital iaitu saluran rasmi YouTube TV3 Malaysia juga amat memberangsangkan, dan ini membuktikan bahawa kandungan kami masih relevan untuk semua, terutamanya golongan Gen-Y. “ 

Tambahnya lagi, Natalie Hussain an Eric Lim adalah hos bagi berita tempatan serta berita sensasi luar negara yang merangkumi segala informasi hiburan, fesyen, gaya hidup dan teknologi.

Jadi, pastikan temujanji korang bersama E!News musim yang kedua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Mar 2019
Hiburan Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Billie Eilish Menentang Perubahan Iklim Melalui Konsert, Peminat Pula Buat Sampah?

Aduh malunya kalau orang luar nampak rakyat Malaysia tak jaga kebersihan.

Featured Thu, 29 Dec 2022
Hiburan Tue, 5 Nov 2019

11 Tahun Pegang Status Janda, Yuni Shara Tetap ‘Cool’

Kalau takdir saya bersendiri tanpa pasangan sehingga tua, saya okay…

Featured Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Siapa Sangka G-Dragon Semakin Gemuk!

Walaupun gemuk, G-Dragon tetap handsome kan? Siapa setuju? Saranghae Oppa…