Eric Nam Kembali Ke KL Pada Januari 2020 Menerusi Jelajah “Before We Begin”

Mana “NamNation” dekat sini? Ada berita gembira buat korang sebab penyanyi solo Korea Selatan, Eric Nam kini akan kembali ke Kuala Lumpur semula untuk bertemu peminatnya!

Penyanyi Korea-Amerika ini akan berkunjung ke Malaysia sekali lagi sempena jelajah konsert ‘Before We Begin’ Asia Tour 2020 di Kuala Lumpur. Pengumuman rasmi berkenaan konsert tersebut telah disebut oleh penganjur  Onion Production baru-baru ini.

Eric Nam ‘Before We Begin’ Asia Tour 2020 akan diadakan pada 17 Januari 2020, mulai jam 8 malam bertempat di The Bee, Publika, Kuala Lumpur.

Album Inggeris pertamanya “Before We Begin” telah dikeluarkan pada 14 November yang lepas. Ini adalah salah satu langkahnya untuk memasuki industri muzik Amerika dan mempromosikan muzik K-Pop di seluruh dunia. 

 

Sumber: www.ericnam.com.my

 

Tiket Konsert

Tiket-tiket konsert mula dijual pada harga RM250, RM350 dan RM700 (VIP). Pemegang tiket VIP berpeluang untuk dapatkan Super Early Entry Standing Ticket, Admission to exclusive Meet & Greet dan Photo Event serta satu barangan eksklusif  yang telah ditandatangani. Tiket boleh dibeli secara atas talian menerusi www.ericnam.com

Terdahulu, Eric Nam pernah mengunjungi Malaysia pada Ogos tahun lepas dan pernah mengadakan Sesi Temu Ramah bersama peminatnya pada tahun 2014. 

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh ikuti laman media sosial Onion Production di Facebook dan Instagram. 

Buat peminat Eric Nam, jangan lupa dapatkan tiket korang dengan segera okay!

Syafiqa Irdina