Ernie Zakri Alih Fokus Untuk Tunaikan Umrah Pula

Finalis Anugerah Juara Lagu yang ke-34 dan pelantun lagu Ku Bersuara, Ernie Zakri bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya hari ini. 

Berita itu dikongsikan melalui sebuah entri di akaun Instagramnya dan Ernie mengambil kesempatan itu untuk memohon maaf atas segala kekhilafan dan mendoakan semua yang membaca entrinya akan dijemput menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.

“Assalamualaikum.  Ernie sekeluarga akan berangkat ke Mekah hari ini.  

“Ernie ingin memohon maaf seandainya pernah melukakan hati sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja.  

“Doa Ernie agar anda semua dapat dijemput kesana satu hari nanti. InshaaAllah,” tulis Ernie sebagai kapsyen. 

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan rakan-rakan artis mendoakan Ernie memperoleh umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan semasa menjalani ibadah umrah nanti. 

Ernie yang baru sahaja selesai menjadi Mentor kepada Daus Husny dalam rancangan Mentor Milenia 2019 berbangga apabila protegenya berjaya ke peringkat akhir dan dinobatkan naib juara dalam program realiti televisyen tersebut, Ahad lalu.  

Mesti Ernie merasa lega kerana tugas sebagai Mentor telah pun selesai, jadi dapatlah Ernie menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menunaikan umrah bersama keluarga tercinta. 

Del14