Hiburan By: SGMS Faida December 18, 2019 @ 1:52pm

Ernie Zakri Hadiahkan Lagu Istimewa Buat Datuk

Biarpun telah lama bertapak dalam industri seni suara tempatan, penyanyi kecil bersuara hebat Ernie Zakri tidak pernah berputus asa untuk mencipta nama dalam arena hiburan tempatan.

Setelah berjaya mencuri perhatian lewat karya-karya terdahulu bersama Syamel dan terbaru melalui lagu ‘Ku Bersuara’ yang berjaya menembusi senarai lagu-lagu untuk Anugerah Juara Lagu ke-34 yang akan datang, Ernie muncul dengan sebuah lagi buah tangan buat peminatnya yang berjudul ‘Gundah’.

Lagu dan lirik ‘Gundah’ merupakan hasil ciptaan bekas pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke -33, Sharon Paul bersama Ernie sendiri. Baru – baru ini, beliau telah menerima Anugerah sebagai Asean Master Class Award in Emerging Performance Artist di Asean Outstanding Business Award 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Selain dari bidang nyanyian, Ernie juga sudah mula melibatkan diri dalam bidang lakonan. Beliau menjadi salah seorang watak utama dalam sebuah drama yang berjudul ‘Suri Katriana’ dan kini beliau mula mendapat banyak tawaran untuk berlakon.

Menurut Ernie lagu ‘Gundah’ ditujukan khas buat arwah datuk dan neneknya, Haji Mohamed & Hajjah Rokayah. Ia mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujung nyawa dan menggambarkan penderitaan seorang lelaki (iaitu datuknya) yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintai (neneknya).

Selepas setahun pemergian neneknya, datuknya pula yang meninggal dunia. Bait-bait lirik ‘Biar rasa ini membunuhku, biar rindu ini menghukumku’ adalah lirik yang tepat menggambarkan kesedihan hati lelaki tersebut.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, “Lagu Gundah merupakan karya terbaru hasil nukilan Sharon Paul Dan Ernie sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

Lagu ‘Gundah’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘Gundah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

‘Keluarga Halang Saya Jadi Penyanyi Hip Hop’- Pele

“Saya juga mengambil keputusan untuk berhenti belajar ketika di tahun kedua dalam jurusan undang-undang. Itu yang membuatkan kedua ibu-bapa sedikit kecewa”.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Pakai Tudung Kuning Terang, Elfira Loy Seloroh Diri Tetap Cantik Tak Nampak Seperti Bibik – “Tachood”

Manis je Elfira pakai tudung warna kuning kan, dari jauh dah mampak hehe

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Featured Tue, 4 Apr 2023
Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Michelle Yeoh: Looking Rich and NOT Crazy With Signature Emerald Ring

Michelle Yeoh wore the gorgeous ring from Crazy Rich Asians to the 2019 Golden Globes!

Featured Mon, 29 Nov 2021

Ebit Lew Bantu Pemuda Kudung Tinggal Di Tepi Jalan

Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati membantu seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas mengalami kecederaan semasa bekerja dahulu. View this post on Instagram A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) Menerusi […]