Featured By: Khairil Khusyairi December 19, 2022 @ 7:34pm

Ernie Zakri ‘Korban’ Demi Anak, Akui Sedih Tak Dapat Luangkan Masa Bersama – “Bila Saya Pulang, Khawla Dah Tidur”

Penyanyi popular, Ernie Zakri, 30, mengakui terdapat tekanan buatnya dalam karier nyanyian selepas bergelar seorang ibu.

Menurut Ernie, dia harus menerima keadaan fizikal dan kesihatannya selepas melahirkan anak lebih-lebih lagi usianya kini sudah menginjak ke 30-an.

“Tekanan itu dari dahulu sehingga sekarang memang ada, cuma keadaan selepas melahirkan ini agak berlainan sedikit, saya rasa bila mencapai lingkungan umur 30 berbeza daripada ketika saya umur 25 hingga 26 tahun.

“Dari sudut positifnya, saya menerima badan saya yang baru ini, keadaan kesihatan yang baru ini, saya cuba terima, kita cuma manusia, perlahan-lahan, Insya-Allah.

“Dulu kerja sampai pukul 1 pagi saya berasa gembira, tetapi sekarang kerja sampai pukul 12 malam pun saya dah menangis kerana rindukan anak di rumah,” katanya menerusi temu bual program Melodi TV3.

Bagi finalis Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) ini sendiri, dia tidak menolak rezeki untuk terus berkarya malah akan kekal aktif biarpun diberikan rezeki zuriat lagi.

“Selagi ada rezeki Allah nak bagi pada saya, saya tak boleh nak nafikan. Bila saya rasa ianya satu benda yang saya sayang, Allah masih mengizinkan saya untuk menyanyi dan suami saya juga mengizinkan.

“Kenapa saya perlu berhenti ataupun meperlahankan kerjaya saya? Saya pun dah berusia 30, capailah impian saya semampu mana saya capai.

“Bila ada anak ini saya perlahan-lahan, tidak gopoh seperti dulu, tapi sekarang saya ambil masa saya sendiri. Dahulu ketika saya mula bertudung pun, orang cakap saya nak perlahankan karier saya tapi alhamdulillah Allah izinkan saya cari rezeki.

“Kalau ada anak dua, tiga atau empat sekalipun saya masih aktif lagi,” jelas Ernie.

Pelantun lagu Astana ini juga mengakui berasa sedih apabila tidak banyak masa diluangkan bersama cahaya matanya dan menganggap ia adalah satu pengorbanan.

“Salah satu pengorbanan saya dan suami, Allah permudahkan kerja saya, Khawla ada penjaga tapi benda yang menyedihkan bila saya pulang, Khawla dah tidur.

“Jadi kami tak dapat luangkan masa bersama seperti mana ibu-ibu yang menjaga anak di rumah sepenuh masa. Masing-masing ada cabaran masing-masing. Ibu yang menjaga anak sepenuh masa pun ada cabaran dan sama juga seperti kami yang sama bekerja sepenuh masa.

“Saya tidak perlu rungutkanlah, rasa tertekan atau apa sahaja sebab bila rasa anak akan membesar nanti, saya dah tak dapat tengok dia macam mana saya dukung dia ketika umur sehari.

“Sedih memang sedih, bila pulang ke rumah saya mengadu pada suami, saya rasa normal untuk semua ibu-ibu, emosi bila bercakap tentang anak, ia keutamaan,” luah Ernie.

Ernie mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Syamel pada 22 Mac 2021. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha, 9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 May 2023

Adam Shamil Sampai Mesej Penghargaan Melalui Lagu ‘Bantu’

Pempengaruh digital, Adam Shamil Misran, 29 atau nama pentasnya sebagai Adam Shamil kini bersedia untuk melakar lebih jauh dalam industri hiburan tanah air setelah secara rasminya menjadi artis terbaru World Peace Entertainment (WPE) Sdn Bhd […]

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Kenapa… Awak Tak Cakap Dari Mula” – Rupa-Rupanya Chombi Penyanyi Lagu Viral Sayunk I Love You Anak Harry Khalifah, Ramai Tawar Diri Jadi Menantu!

Lagu ‘Sayunk I Love You’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam menjadi tular di internet, terutamanya laman sosial TikTok. Karya terbabit meraih perhatian ramai selepas kerap digunakan sebagai lagu latar belakang untuk pelbagai content […]

Hiburan Thu, 16 May 2019

‘Doa Yang Baik-Baik’- Ezlynn Dah Jumpa Pengganti?

Doa yang baik-baik untuk Ezlynn, mana tahu jodoh sampai lepas Raya ni ke?

Trending Mon, 20 Jul 2020

Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam

Dalam sidang media yang berkangsung hari ini, kerajaan memaklumkan bahawa mereka sedang pertimbangkan tentang kewajipan pemakaian pelitup muka di tempat awam. Perkara ini khas disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan […]

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Thu, 26 May 2022
Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Wed, 13 Nov 2019