Erwin Dawson Menghidap Kanser, Takut Botak!

Sekiranya  baru-baru ini diberitakan pelakon Mohamed Erwin Shah Evan Dawson atau Erwin Shah, 29, sudah bertunang dengan Julia Farhana Marin,  terkini  kharbar terbaharu dia mengalami masalah kesihatan pula.

Kelibat pelakon berdarah kacukan Melayu-New Zealand ini kelihatan agak kurus daripada kebiasaannya.

Kenapa agaknya ya? Nampak macam sakit sahaja?

“Berat badan saya dah turun  6 kg daripada 82 kg dalam tempoh dua minggu ,” ujar Erwin ketika ditemui baru-baru ini.

 “Saya menghidap sakit kanser.” tambahnya kepada xtra.com.my.

Korang jangan gelabah ya. Kita dengar dahulu penjelasannya!

“Tetapi ini adalah untuk watak saya sebagai pesakit kanser dalam drama “Nafas” yang akan disiarkan di ntv7tak lama lagi,” sambung Erwin.

Erwin di samping Kilafairy untuk drama ‘Nafas”

Alhamdullillah! Tentu  peminat kelab EDMirers Erwin lega kan mendengar ini.

Menurut Erwin bagi menjiwai watak tersebut beliau terpaksa menjalani ‘intermittent fasting’ yang menyerupai puasa  cuma berpuasa selama 16 jam dan makan dalam tempoh 8 jam.

Saya banyak minum air kosong dan kurangkan makanan berminyak dan gula. Bukan tak boleh makan nasi cuma jika makan nasi proses turun berat badan agak lambat,” cerita Eriwin.

Selain itu yang paling ditakutinya  kata Erwin apabila perlu membotakkan kepala.

Memang pada asalnya saya kena botak so rasa berdebar juga sebab dah lama tak botak,” ujar Erwin dalam ketawa kecil.

Namun ujarnya, disebabkan beberapa masalah yang berkait dengan kontinuiti serta membabitkan masa penggambaran berbeza hari maka adegan botak ditiadakan.

“Alhamdullillah! Lega rasanya,” cerita Erwin.

Pun begitu, Erwin tetap mendalami watak pesakit kanser dengan bergaul dan bertanya pendapat beberapa pesakit termasuk dua orang  ibu saudaranya yang menghidap  kanser tetapi survive.

Jadi jika korang nak tonton bagaimana pengalaman Erwin sebagai pesakit kanser jangan lupa saksikan drama bersiri 24 episod berjudul “Nafas” ini di ntv7 kelak.

Arahan Bahri Omar drama ini menyaksikan  Erwin berlakon di samping  Kilafairy, Thanuja Ananthan, Gambit Saifullah dan pengantin baru, Cristina Suzanne.

SGMS Fas