Fadzil Zahari Didakwa Kritik Ameera Khan Tayang Baju Dalam Merah, Netizen Jahat Pula Ungkit Penampilan Lama Yana Samsudin

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial berhubung tindakan adik selebriti popular, Noor Neelofa iaitu pempengaruh Ameera Khan yang telah menayang ā€˜bikiniā€™ di Instagram.Ā 

Perkongsian Ameera meraih pelbagai respons netizen yang mempersoalkan tujuannya memuat naik pakaian renang berwarna merah menjolok mata.Ā 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, pelakon Fadzil Zahari tampil meninggalkan komen di salah sebuah portal hiburan ekoran berita mengenai Ameera itu.Ā 

ā€œIman tak dapat diwarisi,ā€ tulisnya di ruangan komen tersebut.Ā 

Susulan itu, rata-rata netizen sebaliknya membidas komen tersebut serta memetik zaman-zaman jahiliah atau seksi isteri Fadzil iaitu pelakon, Yana Samsudin.Ā 

Bagaimanapun, adik kepada aktor sensasi Farid Kamil ini menjelaskan niatnya hanyalah mahu menyanyi lagu daripada kumpulan nasyid terkenal, Raihan bertajuk Iman Mutiara.Ā 

Aqilah Paharuzi