“Dia Minta Kami Ketepi Telefon Bimbit”- Farah Nabilah Teruja Jumpa Idola!

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu” adalah pepatah yang sangat sesuai bagi pelakon drama Kau Yang Pertama ini.  

Farah Nabilah tidak pernah menyangka yang satu hari nanti dia bakal bertentang mata dengan salah seorang supermodel dunia tetapi itulah yang berlaku padanya beberapa hari yang lalu apabila memenuhi jemputan Maybelline di New York.

Farah sempat bersua muka dan meluangkan masa bersama Gigi Hadid selama beberapa jam termasuk berswafoto dengan supermodel terkenal itu di acara yang dianjurkan oleh jenama kosmetik terkenal antarabangsa, Maybelline New York. Selain menikmati jamuan makan bersama, pihak Maybelline juga menyediakan beberapa aktiviti untuk para tetamu yang hadir.

“Ya, saja lepak dengan Gigi. Seronok  dapat meluangkan masa dengannya. Kami telah membuat rekaan jaket dan baju panas dengan menggunakan pin-pin yang comel, makan-makan dan dia juga telah berkongsi petua dan cara-cara bersolek. Dia meminta kami mengetepikan semua telefon bimbit untuk menikmati masa yang diberi” tulis Farah di laman instagramnya. 

Farah Nabilah akan berada di Amerika Syarikat sehingga penghujung bulan September untuk sambung berlibur dengan ahli keluarganya nanti. Agak-agak sempat tak Farah kembali ke tanah air untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-32 pada 22 September ini? Farah telah tercalon di bawah kategori Gandingan Serasi Drama Popular ABPBH bersama Fikry Ibrahim yang pernah digosipkan dengannya.

Baca:https://www.xtra.com.my/bb2018/category/celeb-buzz/posts/bila-boleh-jumpa-mak-fikry-ibrahim-bagi-signal-mahu-serius-dengan-farah-nabilah

Del14