Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 10, 2023 @ 4:35pm

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Melalui Google Meet

Kemelut rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terlerai selepas pelakon dan pengarah itu menceraikan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada Khamis.

Farid atau nama sebenar, Farid Kamil Zahari melafazkan cerai talak secara dalam talian kerana tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.

Memetik laporan Berita Harian, perkara tersebut disahkan oleh peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan yang memberitahu pihaknya sudah memohon kebenaran mahkamah untuk melakukan prosiding dan lafaz cerai menerusi Google Meet.

Sementara itu, Diana memberitahu keutamaannya buat masa ini adalah fokus kepada tempoh edah dan meneruskan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Specifically, saya dalam edah, itu yang saya kena fokus sekarang dan saya pun masih ada tanggungjawab untuk menjaga anak-anak dan begitu juga dengan ayah mereka.

“Jadi kami akan sama-sama cuba untuk mencari momentum yang baru,” jelasnya.

Disoal sama ada dia akan terus berkawan baik dengan bekas suami, Diana tidak mahu menjelaskan lebih teliti kerana itu merupakan urusan di antara mereka berdua.

“Itu antara kami yang akan selesaikan macam mana hubungan kita selepas ini dan masih belum rancang lagi bagaimana,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman selepas mendirikan rumah tangga selama 11 tahun, dia mengambil setiap apa yang berlaku sebagai satu perkara yang positif.

“Saya bersyukur dan saya banyak belajar perkara yang baik-baik. Belajar jadi matang, belajar jadi ibu dan isteri. Banyak sangat pengajaran dan tidak semestinya pengakhiran ni saya ambil yang negatif sahaja.

“I take it positively dan saya doakan semoga kami dapat mulakan hidup yang lebih baik selepas ini,” ujarnya.

Untuk rekod, pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad dan Aurora.

ARTIKEL BERKAITAN: Status Rumah Tangga Diana Danielle & Farid Kamil Diketahui Khamis Ini, Peguam Harap Kes Cerai Selesai Cara Baik

ARTIKEL BERKAITAN: Sangkal Kenyataan Individu Kata Lebih Gembira Keluar Hubungan Toksik, Diana Danielle Tak Salahkan Farid Kamil?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Jul 2018

Urgh Gatalnya! Ketahui Tentang Kutu Rambut

Jangkitan kutu kepala atau pediculosis terjadi apabila ditemui sekurang-kurangnya 10 ekor kutu hidup di atas kepala. Jangkitan boleh berlaku apabila rambut yang dijangkiti menyentuh rambut mangsa baru.

Featured Fri, 29 Nov 2024

Altimet Dedah Gaji Cecah RM16,000 -“Macam Kakitangan Kerajaan Juga, Ada Kemudahan Loan Beli Rumah & Kereta”

Altimet berkongsi bahawa gaji yang diterimanya kini mencecah sebanyak RM16,000 sebulan.

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Shiha Zikir Berkawan Rapat Dengan Pendakwah Terkenal?

Rajin tinggalkan komen di laman Instagram, Shiha akui rapat dengan pendakwah bebas terkenal ini…

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Fri, 20 Jun 2025

[VIDEO] “Leka Fikir Dunia Sampai Lupa Rakaat Solat” – Joey Daud

Joey Daud leka fikir masalah dunia sampai lupa rakaat solat

error: Content is protected !!