Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 11, 2023 @ 3:44pm

Farid Kamil Perjelas Cincin Kahwin Hilang, Maafkan Diana Danielle – “Bertaubatlah…Dia Mungkin Ditimpa Laknat”

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil akui masih sayangkan isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak bulan lalu.

Menurut Farid, dia meminta Diana agar bertaubat selepas apa yang dilakukannya malah Farid turut memaafkan segala kesalahan Diana terhadapnya.

“Bertaubatlah sebelum terlambat dan bila saya dengar dan tahu apa akibat di sebalik apa yang dia buat itu, dia mungkin ditimpa laknat yang saya sendiri tak boleh ungkapkan.

“Saya sebagai manusia saya akan maafkan dia, apa saja kesalahan yang dia buat sebab dia adalah isteri saya dan juga ibu kepada anak-anak saya.

“Saya tetap mahu menyelamatkan rumah tangga ini, saya sayangkan Diana dan juga anak-anak saya,” ujar Farid ketika ditemui sebaik selesai prosiding sulh di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Farid turut menjelaskan dakwaan Diana mengenai kehilangan cincin perkahwinan seperti yang didakwa Diana tempoh hari.

“Sebenarnya cincin perkahwinan yang saya beri tersebut dia yang pakai dan dia yang tersalah letak cincin itu ketika Aurora dilahirkan di Bangsar.

“Aurora dilahirkan secara ‘water birth’, jadi semua aksesori yang dipakai harus dibuka jadi dia tanggalkan dan letak dalam beg dia tapi bila selesai bersalin dia mencari cincin itu namun tak jumpa. Saya juga cuba cari dan sebab tak jumpa cincin itu dia menangis dan sedih.

“Untuk saya hilangkan kesedihan dia, saya cakap pada dia ‘tidak mengapa, cincin ini not the important, we can buy, but the happiness at that moment is we never buy’.

“Saya tak sangka perkara itu boleh jadi perkara besar dan saya janji saya akan cari baru dan alhamdulillah daripada hilang satu saya dah ganti enam untuk dia,” jelas Farid.

Farid dan Diana ketika majlis pernikahan pada 3 November 2012

Mahkamah Tinggi Syariah di sini, menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh prosiding sulh kedua buat pasangan Farid Kamil, dan isterinya, Diana Danielle.

Keputusan itu dibuat susulan kegagalan Diana atau nama sebenar, Diana menghadiri prosiding, hari ini.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

ARTIKEL BERKAITAN: Bidas Farid Kamil, Insiden Anak Petik Cili Bukan Punca Diana Danielle Minta Cerai – “Kenapa Polis Ketuk Pintu, Dia Tak Buka?”

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Akhirnya Dapat Jumpa Anak, Perjelas Cerita Aurora Trauma – “Diana Danielle Kena Jelaskan Betul-Betul Kepada…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Malaysia Tolong Buka Mata’- Amylea Mohon Bakat Kaer Azami Tak Dipandang Sepi

Malaysia, wake up! Betul apa kata Amylea tu…sayang sekali kalau orang berbakat besar macam Kaer tak dapat perhatian ramai.

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Mon, 4 Dec 2017

‘Perang Bunyi’ di Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

sebuah ‘peperangan’ bunyi akan terjadi pada malam tu kan? Whoah, kami pun dah tak sabar rasanya nak saksikan dua kumpulan rock hebat ini beraksi.

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Tanya Soalan Kepada Bekas Isteri, Aliff Aziz Didakwa Cari Publisiti?

Apapun, kita doa yang baik-baik untuk mereka.

familuv Mon, 16 Mar 2020
Eat Travel Tue, 15 May 2018

10 Foto Pantai-Pantai Tercantik Di Dunia, No. 4 Paling Gorgeous

Jom nikmati dan kagumi ciptaan Tuhan dengan melihat foto-foto pantai yang paling gorgeous di dunia.

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Ibu Mertua Rugi Ratusan Ribu, Anzalna Sindir Siapa Di Instagram?

Jangan ingat lelaki je boleh buat kerja ni, perempuan pun hebat juga! Siapa yang teraniaya jangan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. Ish…siapa agaknya gerangan orang itu ya?

error: Content is protected !!