Fasha Sandha Puji Sikap Fazura

Sweet! Umum tahu persahabatan Fazura dan Fasha Sandha sudah lama terjalin. Mereka bersahabat sejak 16 tahun dahulu iaitu ketika zaman peragaan lagi.

Baru-baru ini, pelakon Teratai Kemboja itu berkongsi perbualan mereka di WhatsApp menerusi Instagramnya yang memaparkan sifat Fazura sebagai sahabat yang penyayang!

Tulis Fasha, “ Inilah di antara sebab-sebab sahabatku, seorang ni sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. 

“Beliau yang ku kenali sejak zaman modelling masa umur 18 tahun, seorang yang pemurah hati. Dulu sampai sekarang sama je.

“Sejak I jadi ibu tunggal ni, Faz tak pernah lupa nak hantar baju raya setiap tahun.

“Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau. Thank You Faz. Thank you juga to Fattah.

“Semoga dimurahkan rezeki selalu dan cepat dapat baby. Amin,” tulis Fasha.

Semoga persahabatan kalian kekal sehingga jannah…Insha Allah.

SGMS Faida