Categories: HiburanSelebriti

FASHA VIDEO CALL SIAPA TU?

Wah! Fasha Sandha nampaknya semakin bahagia. Mana taknya, bermula dengan muat naik satu gambar surat terbuka untuk suami dilaman instagram beliau baru-baru ini, membuatkan ramai tertanya-tanya adakah Fasha kini sedang dilamun cinta?

Fasha dalam satu babak drama lakonannya.

Terbaru, Fasha sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik satu screenshot panggilan video dilaman insta stories beliau. Walaupun Fasha kelihatan menutup wajah lelaki tersebut dengan kata-kata berbunyi “You make me happy when sky are gray. Please dont take my sunshine away.” Seolah-olah menunjukkan ayat tersebut ditujukan buat sang kekasih.

Apapun, mungkin Fasha sendiri belum bersedia untuk mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang bertuah mencuri hati beliau. Fasha pun solo. Cantik pula tu!

Terbaru, Fasha Sandha kini sibuk melakukan penggambaran sebuah drama di Kemboja.

Salma Syahbuddin