Hiburan By: Padin April 17, 2024 @ 11:03am

[VIDEO] Netizen Dakwa Fathia Latiff Ada Masalah Kesihatan Mental, Ini Jawapan Empunya Badan – “Tunggu Sahajalah Surat Saman Saya”

Pelakon sensasi, Fathia Latiff menjawab tuduhan sesetengah netizen tidak bertanggungjawab yang mendakwanya mempunyai masalah kesihatan mental.

Menurut Fathia, perkara itu merupakan sesuatu yang peribadi dan tiada sebab untuk aktres drama rantaian popular Ariana Rose itu mahu berkongsi perihal terbabit kepada orang lain.

“Mengenai masalah kesihatan, saya tak nak kongsi. Ia adalah sesuatu yang peribadi. Kenapa saya nak kena kongsi dengan orang yang saya tak kenal? Orang-orang ini semua suka nak keluarkan perkara yang sepatutnya menjadi sesuatu yang peribadi. Tak boleh kerana benda tu boleh disaman tau,” katanya kepada XTRA.

Keluarkan saman secara senyap

Tambah Fathia, atas sebab tertentu, dia telah mengeluarkan saman kepada beberapa pihak secara senyap-senyap.

“Sekarang ni saya dah keluarkan banyak saman yang orang tak tahu lagi. Saya sendiri tak boleh bagi tahu pihak mana yang saya dah saman tapi memang ada pihak tertentu yang saya dah saman secara diam, jadi tunggu sahajalah surat saman saya.

@xtra_my Ada pihak tertentu yang Fatiya dah saman secara diam… Fatiya kata, tunggu sahajalah surat saman tu. Errr nervous ek. Semoga baik-baik aje. 🌹 #xtratonton #xtramy ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news #fathialatiff #fatiyalatiff ♬ original sound – XTRA

“Apa yang buatkan saya saman mereka adalah apabila mereka ingat saya ni lemah. Mereka ingat saya ni baik dan mereka ingat orang baik tu lemah. Padahal mereka tak tahu saya sedang buat sesuatu di belakang mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

“Mereka tak tahu bagaimana saya menyerang mereka semula. Jadi, berjaga-jaga kerana ada komen yang tidak sepatutnya akan saya balas semula,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa ini menegaskan dia hanya mahu mempertahankan diri sendiri serta dia juga tidak mempercayai orang lain secara sepenuhnya.

Saya bukan jenis fake, ada sesetengah selebriti fake

“Saya bukan jenis ‘fake’. Ada sesetengah selebriti yang ‘fake’, mereka boleh bertahan, mungkin kerana mereka ada ‘back up’ tetapi saya ada diri sendiri. Itu adalah satu-satunya cara dan saya harus pertahankan hak dan diri saya… Saya baik-baik sahaja.

“Saya tak percayakan sesiapa. Saya hanya percayakan diri sendiri sahaja. Saya tak percaya orang 100 peratus. Mungkin saya percaya hanya 70 sehingga 80 peratus sahaja, bukan sepenuhnya. Setiap orang perlu jaga periuk nasi masing-masing kan, kena berhati-hati sahajalah kerana kifarah adalah sesuatu yang benar,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 29 Apr 2023
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Lambat Sikit Pun Dah Kecoh !!

Datang lambat sikit pun nak kecoh , asyik nampak keburukan orang lain saja!

Featured Tue, 6 Dec 2022

Adrian Edy Lawat Bapa Kepada Mangsa Dibaham Buaya – “Dia Reda, Nanti Dia Akan Jumpa Anak Dia Di Syurga…”

Minggu lalu, tular sebuah perkongsian di media sosial mengenai seorang bapa gagal untuk menyelamatkan anaknya yang dibaham oleh buaya ketika sedang berkayak di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu, Sabah. Hantaran tersebut telah mengundang […]

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Enam Tahun Tanpa Lagu Inggeris, Bunkface Muncul Dengan SHIVER

Video muzik SHIVER akan mengetengahkan Sam sendiri sebagai fokus utama dan menampilkan aksi lagak ngeri dan kumpulan ‘Stunt Legend’ MAPS, Perak.

Featured Thu, 16 Dec 2021

“Rasa Macam Nak Samak Lidah Berkali-Kali” – Tak Sengaja Makan Pork Belly, Netizen Minta Norreen Iman Berhati-Hati

Baru sahaja menjejakkan kaki di London, pelakon Norreen Iman berhadapan dengan kejadian buruk apabila menyedari sandwich yang dimakan mempunyai kandungan perut babi. Norren memberitahu dia dan suaminya, Razzi termakan sandwich yang mengandungi babi itu sebaik […]

Trending Sun, 25 Nov 2018
Featured Tue, 20 Sep 2022

“Kaya Tapi Tak Menunjuk, Humble & Bersederhana…” – Netizen Intai Harga Jam Tangan Fazura Cecah RM4 Juta

Seriuslah weii, harga beg dia boleh beli kereta RR syatuuuuuu😱😱😱

Featured Tue, 27 Dec 2022