Fathia Latiff Tak Setuju Wany Hasrita Menang Artis Paling Popular?

Selepas melalui beberapa episod kontroversi, pelakon Fathia Latiff sekali lagi menjadi sebutan di sosial media apabila ‘menghentam’ bintang paling popular Anugerah Bintang Popular ABPBH 2018, Wany Hasrita.

Menerusi laman Instagramnya, Fathia menulis secara ringkas tentang kemenangan besar pelantun Menahan Rindu itu malam tadi.

“ Suara pun macam katak ada hati nak menang nampak sangat RASUAH. FACE THE REALITY LISTEN TO HER SONG CAREFULLY,” tulisnya disusuli tanda pagar TV3 dan Anti Rasuah.

Namun begitu, foto Wany Hasrita dengan kapsyen berkenaan telah dipadam beberapa jam selepas dimuatnaik.

Kemenangan Wany Hasrita membawa pulang bintang paling popular di ABPBH 2018 mengejutkan ramai pihak apabila berjaya menewaskan artis popular lain seperti Nur Fazura, Fattah Amin, Zul Ariffin dan Janna Nick.

Memperoleh 2,052,997 juta undi, Wany memperoleh kemenangan yang membolehkan dia membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM125,000 serta trofi.

SGMS Faida